Bulan Januari 2014 merupakan bulan Dell pergi seminar. Pembukaan tahun dengan menimba pelbagai jenis ilmu. Mungkin ada yang tertanya-tanya untuk apa Dell menghadiri seminar tersebut. Ianya ialah perancangan Dell sejak tahun lepas cuma terlewat kerana kekangan kewangan. Dell tidak akan masuk sesuatu seminar yang berbayar untuk suka-suka. Ilmu itu untuk perancangan Dell masa depan. Dan, alhamdulillah rezeki itu datang pada permulaan tahun 2014.
Jika masih ingat, Dell telah pergi ke Seminar Metafizik Sains Penomboran (Asas) bersama dengan Cik Embun (As) pada 4 Januari 2014. Kemudian, kami telah pergi ke Seminar Metafizik Sains Penomboran (Advance) pada 18 - 19 Januari 2014 di Hotel Quality, Kuala Lumpur.
Seminar Metafizik Sains Penomboran (Advance) bersama Sifu Siddiq |
Peserta yang menghadiri seminar |
Jangan terkejut, hanya 5 orang peserta sahaja yang menghadiri seminar ini kerana Sifu Siddiq tidak mahu ramai sangat peserta dalam satu seminar, sukar hendak memberi tumpuan secara perseorangan.
Antara ilmu yang dipelajari |
Kebanyakan ahli perniagaan yang terhebat di dunia memiliki ilmu kemanusiaan ini untuk menilai mereka yang akan bekerja di bawahnya. Sebagai contoh, Donald Trump, Tony Fernandes (Air Asia) dan lain-lain tokoh hebat turut mempelajari ilmu penomboran India, DISC, NLP dan lain-lain ilmu.
Seminggu selepas itu iaitu pada 25 Januari, kami menghadiri pula Seminar Superbrand oleh Sifu Siddiq juga di Hotel De Palma Ampang. Jika hendak berniaga, kita perlulah mengenal diri dan mengetahui bagaimana hendak membina jenama sendiri.
Alhamdulillah, kami berdua telah melakukan tindakan segera dan akan mendaftar di SSM dalam masa terdekat ini sebagai langkah permulaan. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
NOTA :
Dell juga mendalami ilmu metafizik dan ilmu penjenamaan ini di lain-lain tempat untuk menambah ilmu yang ada. Kita tidak boleh terikat kepada satu fahaman sahaja. Ilmu ini sangat luas.
Sehingga ke hari ini, Dell mendalami ilmu metafizik melalui 3 orang guru. Manakala ilmu penjenamaan pula, Dell boleh rekomen untuk belajar bersama-sama Tuan Fazli Hisahak.
Insya-Allah, suatu hari nanti Dell hendak belajar NLP bersama-sama dengan Tuan Hj. Fadzli Yusof pula.
Seminggu selepas itu iaitu pada 25 Januari, kami menghadiri pula Seminar Superbrand oleh Sifu Siddiq juga di Hotel De Palma Ampang. Jika hendak berniaga, kita perlulah mengenal diri dan mengetahui bagaimana hendak membina jenama sendiri.
Seminar Superbrand |
Para peserta Seminar Superbrand |
NOTA :
Dell juga mendalami ilmu metafizik dan ilmu penjenamaan ini di lain-lain tempat untuk menambah ilmu yang ada. Kita tidak boleh terikat kepada satu fahaman sahaja. Ilmu ini sangat luas.
Sehingga ke hari ini, Dell mendalami ilmu metafizik melalui 3 orang guru. Manakala ilmu penjenamaan pula, Dell boleh rekomen untuk belajar bersama-sama Tuan Fazli Hisahak.
Insya-Allah, suatu hari nanti Dell hendak belajar NLP bersama-sama dengan Tuan Hj. Fadzli Yusof pula.
Sudah lama Dell hendak mencoretkan isi hati di sini tetapi Dell mencari ketenangan dulu kerana waktu itu hati sungguh gundah gulana. Ada kisah yang terjadi pada 22 Januari 2014. Seharian Dell menitiskan air mata dan selama beberapa hari Dell berada dalam kerisauan. Maklumlah, ianya berkaitan dengan penyelidikan PhD Dell.
Sesungguhnya, Dia itu Maha Agung. Dia menduga Dell setelah diberi kenikmatan, tambahan waktu itu masa Dell tidak terlalu sibuk. Bayangkan jika Dia menduga Dell ketika Dell dalam kesempitan dan kesibukan. Sudah tentu Dell tidak mampu menanggungnya.
Benarlah firman-Nya di dalam surah Al-Baqarah, ayat 286 :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"
Dell juga bersyukur, di saat Dell diuji Dia telah menarik sahabat-sahabat dan orang-orang tertentu di sekeliling Dell untuk membantu Dell. Sehinggakan mereka sanggup menelefon Dell dalam tempoh yang lama untuk mententeramkan Dell walaupun jauh dan mereka sudi juga meluangkan masa mereka untuk Dell di kala Dell dalam kesedihan. Malu juga sebenarnya kerana Dell tidak dapat menahan esak ketika berbual dengan mereka.
Banyak ilham yang Dia turunkan kepada mereka itu untuk membantu Dell sehingga Dell terasa lega dengan cadangan mereka. Dell bersyukur penyelidikan tersebut telah capai tahap ketiga. Siapa sangka, waktu ini terkena musibah? Sementelah ramai rakan seperjuangan mengatakan Dell untung kerana semua perbelanjaan ditaja dan laju dalam buat penyelidikan. Tak sangka, bukan?
Perjalanan dalam menuntut ilmu bukan semudah yang disangkakan. Lagi tinggi sesuatu ilmu, semakin tinggi dugaannya yang kita tidak sangka di hadapan. Kadang-kadang, ianya bukan disebabkan daripada pihak kita tetapi pihak lain.
Teruskanlah memohon kepada-Nya, tanpa jemu tanpa tepu. Hanya Dia sahaja yang dapat membantu.
![]() |
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki |
Dell sangat suka baca buku ini iaitu 'Mudahnya Menjemput Rezeki' (MMR). Dell mencari buku ini sebulan yang lalu setelah terbaca artikel mengenainya di Majalah IK (Irfan Khairi). Dell suka cara pengupasan beliau di dalam bukunya, sangat santai tetapi bermaklumat dan bermanfaat.
Terkejut juga tadi, apabila penulisnya iaitu tuan Fathuri Salehuddin menelefon Dell sendiri sekiranya berminat untuk bersama membantu dalam Program MMR : Impian Sejuta Jiwa 2014. Tergagap Dell semasa bercakap di telefon tadi.
Benarlah, rezeki itu milik Allah. Ianya datang dan pergi tidak kita sangka dan ketahui. Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan. Amin...
Nota:
Setelah beliau mengetahui Dell dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu, beliau mengatakan insya-Allah mungkin suatu hari nanti Dell boleh membantu penulisan di syarikat beliau. Dell menyambut baik kata-kata beliau itu.
Tempahan buku boleh dibuat di talian 012-2536918 (Cik Dilla).
Setelah beliau mengetahui Dell dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu, beliau mengatakan insya-Allah mungkin suatu hari nanti Dell boleh membantu penulisan di syarikat beliau. Dell menyambut baik kata-kata beliau itu.
Tempahan buku boleh dibuat di talian 012-2536918 (Cik Dilla).
Sudah lama Dell ingin
memperihalkan tentang ketulusan hati ini setelah beberapa kali Dell melihat
ketidaktulusan hati seseorang itu dalam sesebuah perhubungan. Perhubungan di
sini bukan bermaksud dalam ‘couple’
sahaja tetapi meliputi seluruh ruang lingkup perhubungan sesama insan.
Tahukah kita bahawa jika ada
sekelumit ‘ketidaktulusan’ hati kita kepada seseorang, aura negatif itu akan
dirembes secara kita tidak sedar. Dan sekiranya, orang yang dituju itu
mempunyai deria keenam yang sangat tinggi, dia akan mengetahuinya. Deria keenam
di sini termasuk gerak hati dan ilham yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Dell memang tabik kepada mereka
yang jenis berterus-terang apabila Dell bertanyakan sesuatu. Dari sini Dell
akan menilai sejauh mana ketulusan mereka terhadap sesuatu.
Secara tidak langsung, mudah
untuk Dell berkongsi ilmu dan rezeki dengan mereka. Rezeki yang dimaksudkan di
sini adalah berbentuk peluang, bantuan atau apa-apa yang berkaitan.
Setiap insan di dunia ini telah
ditentukan oleh Allah pintu rezekinya. Jika kita ikhlas, telus dan berusaha
bersungguh-sungguh ke jalan yang diredhai, sudah pasti pintu rezekinya terbuka
luas.
Justeru, jangan sekali-kali cuba
MENCANTAS orang lain. Niat yang terdetik sahaja sudah cukup mengundang
kemurkaan Tuhan, apatah lagi melakukannya. Ramai yang tidak sedar, sebenarnya
Tuhan hendak memberi rezeki kita melalui orang yang kita hendak CANTAS itu.
Kelebihan yang Tuhan beri kepada
setiap insan adalah DOA. Pilih antara dua, kita hendak menarik doa orang yang
kita lakukan kebaikan kepadanya ATAU doa orang yang teraniaya dek kerana kita?
Jika kita percaya dengan rezeki Allah beri, insya-Allah tidak akan ada sikap CANTAS ini di dalam hidup kita.
Permulaan tahun 2014, Dell
menghadiri Seminar Metafizik Sains Penomboran Asas yang dikendalikan oleh Sifu
Siddiq. Sudah lama Dell hendak menghadiri seminar ini setelah mengetahuinya
melalui Sir Noordin pada pertengahan tahun lalu.
Bersama Sifu Siddiq |
Dell menghadiri seminar ini
bersama sahabat baik Dell iaitu As (Cik Embun). Banyak ilmu yang Dell dapati
melalui seminar ini iaitu Rukun Kalimah Syadahah, Aura Pencahayaan dan kiraan
metafizik.
Sesuai dengan azam tahun baru
kami yang ingin melakukan perubahan tetapi dengan perancangan yang sistematik
dan betul pada tempatnya. Maklumlah, kami sudah berumur 3 siri ini tidak mahu
membuang masa melakukan sesuatu yang tidak mencapai apa-apa matlamat. Buang
tenaga dan duit sahaja nanti.
InsyaAllah, kami akan menghadiri
Seminar Metafizik Sains Penomboran Advance pada minggu ini dan Seminar
Superband pada minggu hadapan. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kami.
Amin.
Assalammualaikum,
Sudah lama Dell tidak
meninggalkan sebarang kata-kata di dalam blog ini. Kesibukan Dell sebagai
seorang pelajar, penulis, pembantu penyelidik dan beberapa kerja lain yang
tidak bernama menyebabkan masa terluang Dell sangat suntuk. Jika ada pun, hanya
sedikit bagi Dell menghabiskan masa tersebut untuk berehat seketika (fizikal
dan minda) setelah melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan yang tinggi yang
memakan masa berhari-hari.
Namun, kerinduan untuk menjengok
blog ini tetap singgah di hati Dell. J
Pada 14 – 15 Disember 2013, Dell
berpeluang menghadiri Bengkel Penulisan Novel yang dianjurkan oleh Tuan Zamri
Mohamad (seorang penulis Bestseller). Banyak tips-tips yang Dell pelajari,
malah pengetahuan baru yang diperolehi daripada Pn. Azzah Abdul Rahman (penulis
novel) dan daripada Tuan Zamri Mohamad sendiri.
Saya adalah penulis yang disayangi Tuhan |
Dell sangat bertuah kerana berpeluang
berjumpa dengan Pn. Ain Maisarah (novelis bestseller) secara dekat di dalam
bengkel tersebut. Tak sangka angan-angan Dell berjumpa dengan beliau termakbul
di situ.
Bersama Pn. Azzah Abdul Rahman dan Pn. Ain Masarah |
Para peserta pun bukan calang-calang orang,
kebanyakannya berlatar belakang seorang penulis dan wartawan. Mereka sudah
menulis banyak cerpen dan ada yang sedang menulis novel. Seperti biasa, Dell
antara orang yang agak lambat menerbitkan penulisan seni kreatif ini berbanding
mereka. Huhu.
Semasa sesi perbincangan me'reka' cerita melalui gambar yang diberikan |
Para peserta - telatah mereka ketika di dalam bengkel menggeletek hati Dell |
Buat masa ini, Dell telah berjaya
menyiapkan draf sebanyak 12 bab dan mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa
mengikut ilham yang datang nanti. Asalnya, draf itu untuk penulisan cerpen
suatu ketika dulu tetapi Dr. Kamariah Kamariah dan Dr. Lim Swee Tin menyarankan
ianya ditulis sebagai novel. Lama sungguh penulisan ini tertangguh dek kerana
kurang ilmu. InsyaAllah, Dell akan menyiapkannya pada tahun ini.
Nota :
- Alhamdulillah, buku pertama motivasi yang Dell jadi penulis kedua sudah siap 70 %. Penulis utama sedang menambah maklumat seperti yang Dell minta. Dell juga telah fikir beberapa bab yang perlu Dell tambah untuk bahagian Dell. Penulis utama turut memberitahu sudah ada maklumat untuk buku kedua hasil daripada cetusan idea Dell beberapa bulan yang lalu. Tidak sangka, beliau bersungguh. InsyaAllah, akan dilaksanakan.
- Dell menerima tawaran untuk menyiapkan sebuah lagi buku motivasi sebagai penulis kedua (mungkin berkaitan dengan pelaburan hartanah). InsyaAllah, Dell akan berjumpa dengan beliau untuk perbincangan.
- Dell sudah mendapat idea untuk menulis di ruangan bulletin yang pernah ditawarkan oleh seseorang sebelum ini. InsyaAllah, Dell akan menyiapkannya dalam masa terdekat ini.
- Supervisor sudah suruh Dell bersiap sedia menulis jurnal akademik untuk penyelidikan kami bermula pada bulan ini.