Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Selamat datang kepada semua pengunjung yang sudi singgah di blog saya ini. Diharapkan semuanya sihat sejahtera dan bertambah ceria ketika membaca blog saya ini.
Kak Dell? Mengapa guna DELL? Ada kena mengena dengan apa-apa teknologi ke?
Sebenarnya, panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.
Daripada Kak Dilla kepada Kak Dil akhirnya bertukar menjadi KAK DELL. Hendak dijadikan cerita, panggilan ini yang paling sedap dan glamour didengar. Maka, melekatlah panggilan ini sehingga saya bergraduat. Hehehe...
Sebagai nostalgia, saya menggunakan panggilan ini untuk blog kedua saya. Ringkas dan signifikan. Blog pertama saya dulu diberi nama Diari Putri Lindungan Bulan (blog ini sudah tidak aktif).
Blog ini dibina setelah saya berhenti kerja kerana mendapat biasiswa untuk sambung pengajian saya. Sesuai dengan penghijrahan saya sebagai siswazah sepenuh masa PhD serta penghidupan baharu saya.
Siapa sangka, panggilan ini digunakan semula memandangkan saya kini menjadi fasilitator Smarts Coach.
Kandungan di dalam blog ini tidaklah berat. Saya suka berkongsi cerita dan pengalaman yang saya alami sehari-hari. Ianya umpama diari kehidupan saya.
Doakan semoga saya berjaya dalam mengejar cita-cita saya, ya!
Salam perkenalan buat semua dan sudilah menyapa saya di sini mahu pun di pautan facebook 'Kak Dell'. :)
Aktiviti-aktiviti Kak Dell:
- Penulis Bebas
- Merupakan Editor Bahasa Melayu untuk buku/artikel.
- Tutor Bahasa Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan