Memaparkan catatan dengan label GMJ-ME. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GMJ-ME. Papar semua catatan
Sejak mengetahui Dell mempunyai pola bekerja dengan pantas, Dell perlu merancang dan menetapkan diri dari leka dengan sesuatu perkara apabila menyiapkan sesuatu kerja. Alhamdulillah, hari ini Dell telah siap mengedit tiga buah artikel jurnal untuk diterbitkan dalam volume ke-4 GMJ-ME nanti.
Dalam masa yang sama, Dell sempat mengedit empat muka surat manuskrip baru yang diberikan oleh Profesor malam tadi. Seperti biasa, beliau menterjemahkan sesebuah manuskrip, Dell akan semak dari segi bahasa Melayu (susunan atur ayat, tanda wacana dan kesalahan ejaan). Ketika hendak tutup manuskrip tadi baru perasan, ada hampir 400 muka surat. Dell harap dapat siapkan cepat. Semakin lama, Dell semakin laju dalam kerja pengeditan manuskrip ini. Enjin tengah panaslah katakan. Huh!
Dalam masa yang sama, Dell perlu juga menyiapkan penulisan untuk penyediaan peperiksaan CE untuk semester depan. Bulan Februari merupakan bulan yang penuh komitmen semula. Dell menunggu juga manuskrip dari seseorang untuk Dell teliti dan edit serta menambah sedikit maklumat sebelum Dell serahkan kepada seseorang pihak untuk menilai karya kami sebelum diterbitkan.
Semoga ianya berjalan dengan lancar dan kali ini Dell tidak boleh terus leka. Yang mana harus dahulu, didahulukan. Kena pandai merancang dan bekerja dengan pantas. Walau bagaimanapun, masa untuk diri sendiri perlu juga ada. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
Dell baru sahaja selesai menyemak format untuk kali terakhir bagi kesemua artikel jurnal GMJ-ME sebelum dimuat turun ke laman web nanti. Inilah kehebatan zaman teknologi, segala-galanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja walaupun di mana kita berada.
Jadi Dell tidak berasa susah hati untuk ke mana-mana. Untuk pengetahuan semua, Dell masih lagi di kampung menikmati sisa-sisa cuti sebelum pulang ke kampus semula.
Sepanjang seminggu ini, Dell berasa sangat teruja setelah mendapat beberapa panggilan yang merupakan peluang untuk Dell melaksanakan salah satu impian Dell iaitu menjadi seorang penulis.
Seperti tidak percaya dalam masa seminggu ini, Dell menerima dua panggilan oleh mereka yang inginkan Dell menulis buku bersama-sama mereka. Bermakna Dell akan menjadi penulis kedua untuk buku-buku mereka. Sedar tak sedar, sudah ada empat orang inginkan Dell menulis buku bersama mereka.
Dell harap semuanya berjalan dengan lancar. Dell nakkan buku tersebut menjadi bestseller! Dell bersyukur mendapat banyak tips-tips daripada Tuan Zamri Mohamad dan rakan-rakan penulis amatur lain.
Dell juga bersyukur kerana mama Dell menyokong penuh apa yang Dell ingin lakukan terutamanya di dalam bidang penulisan dan lukisan.
NOTA :
1. Petang tadi, Dell diberitahu bahawa artikel Dell yang kedua untuk ruangan lain di Utusan Malaysia akan diterbitkan pada hari Sabtu ini. Jika benar, alhamdulillah. Berita ini diberitahu oleh 'subjek' (menjadi bahan dalam artikel Dell itu) yang telah ditelefon oleh wartawan setelah membaca artikel yang Dell hantar sebelum balik kampung baru-baru ini. Maka, hari Sabtu ini haruslah Dell membeli Utusan Malaysia.
2. Dell sudah menjumpai bahan untuk menulis artikel yang ketiga. Semoga dipermudahkan. Amin. :)
1. Petang tadi, Dell diberitahu bahawa artikel Dell yang kedua untuk ruangan lain di Utusan Malaysia akan diterbitkan pada hari Sabtu ini. Jika benar, alhamdulillah. Berita ini diberitahu oleh 'subjek' (menjadi bahan dalam artikel Dell itu) yang telah ditelefon oleh wartawan setelah membaca artikel yang Dell hantar sebelum balik kampung baru-baru ini. Maka, hari Sabtu ini haruslah Dell membeli Utusan Malaysia.
2. Dell sudah menjumpai bahan untuk menulis artikel yang ketiga. Semoga dipermudahkan. Amin. :)
![]() |
| Ya Allah, permudahkanlah... |
Minggu lepas, Dell menghadiri mesyuarat GMJ-ME setelah lebih sebulan tiada mesyuarat. Kelam kabut juga Dell bergegas ke UPM setelah habis tugas di INTI Universiti. Seperti biasa, kami akan membincangkan status artikel yang diterima untuk terbitan seterusnya.
Dell mencadangkan untuk membuat templet kecil sebagai hebahan ketika hari kemasukan siswazah pada bulan September nanti. Jadi, Dell perlu me'reka' templet tersebut sebagai promosi.
Dell tidak sangka kali ini, Prof. Dr. Md. Salleh bertanyakan kepada Dell sekiranya Dell sudah mula menulis artikel jurnal untuk dihantar ke mana-mana. Secara jujur, Dell mengatakan yang Dell belum menulis jurnal lagi kerana Dell masih lagi berperang dalam pembinaan perisian. Risau juga sebenarnya sebab antara syarat kelulusan PhD ialah siswazah perlu terbitkan dua jurnal.
Semalam, kami bermesyuarat dengan pihak iDEC UPM mengenai pembangunan dan penyelenggaraan sistem E-Jurnal GMJ-ME ini. Pelbagai isu yang diketengahkan untuk penambahbaikan terutamanya dari segi penempatan server memandangkan sistem E-Jurnal ini membawa imej UPM di dalam dan di luar negara.
Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.
Akhirnya dalam mesyuarat GMJ-ME, mereka sebulat suara memilih cover yang ini. Ini merupakan reka bentuk cover kedua Dell. Pemilihan cover ini berlangsung ketika Dell berada di Klang kerana menghadiri kursus.
Mesyuarat diadakan sekali lagi sehari selepas Dell pulang dari kursus iaitu pada hari Rabu minggu lepas. Mesyuarat pada kali ini lebih membincangkan tentang proses perisian yang dibangunkan dan domain tersebut seharusnya diletakkan di host mana dan melibatkan perbincangan dengan pegawai IT dari IDEC UPM.
NOTA :
Semoga mendapat perkhabaran baik dalam keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ICT UPM nanti.
Pada hari Rabu lepas, Dell menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja GMJ-ME. Mesyuarat pada kali ini, kami cuba mengemas kini laman web GMJ-ME dan memperbaharui apa yang sesuai dengan kehendak pelanggan selain membincangkan status artikel yang sedia ada.
Salah satu perkara yang perlu Dell buat ialah mereka bentuk cover jurnal tersebut. Bukan mudah sebenarnya memandangkan Dell tidak mempunyai perisian yang sesuai. Dell sudah mereka dua bentuk cover pada hari Khamis dan tunjukkan kepada administrator kedua. Beliau berkenan dengan salah satu cover yang Dell reka. Ikutkan reka bentuk yang Dell bayangkan lebih baik dari itu tetapi Dell tidak mampu membinanya memandangkan tiada perisian. Dell akan cuba mencari idea lain untuk membuat beberapa lagi reka bentuk cover untuk dipersembahkan kepada editor nanti untuk beliau pilih yang sesuai.
Bulan April merupakan bulan yang padat untuk Dell. Menunggu kelulusan untuk menghadiri Kursus Technical Graphic Design yang pernah Dell katakan dulu tu. Karenah birokrasi sebab itu lambat. Manakala, University Inti Nilai turut memerlukan khidmat Dell untuk membantu mereka dalam masa dua minggu pada akhir bulan tersebut. Jadi, waktu untuk tuisyen akan diatur semula mengikut kesesuaian Dell dan anak murid.
NOTA :
1. Dell akan cuba membina storyboard ringkas untuk pembinaan laman web GMJ-ME supaya mudah diperbincangkan dalam mesyuarat bersama pegawai IT pada masa akan datang (backup sekiranya Dell tidak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut).
2. Tidak sabar untuk menghadiri kursus yang diperkatakan sebelum ini.
Sepanjang hari ini, Dell hanya menumpukan kerja-kerja mengedit artikel-artikel GMJ-ME yang akan diterbitkan untuk isu akan datang. Lega rasanya semuanya berjaya disiapkan tadi. Sebelum mesyuarat besar (melibatkan semua ahli jawatankuasa) yang akan diadakan pada bulan Mac nanti, Dell perlu menyemak semula laman web jurnal online ini untuk penambahbaikan. Tambahan, jurnal ini telah membuka penghantaran artikel dalam bahasa Melayu. Seharusnya, laman web ini ditulis dalam dwibahasa. Jadi, Dell akan menterjemahkan kandungan laman web sedia ada ke dalam bahasa Melayu dan menyerahkannya kepada editor untuk disemak sebelum dimasukkan ke dalam sistem.
NOTA :
1. Mungkin ada antara mereka mengganggap kerja ini mudah, sebenarnya ianya tidak mudah seperti yang disangkakan. Ianya memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Itu tidak termasuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang dihadapi. Semuanya menduga kesabaran.
2. Apa-apa pun, Dell gembira isu kedua akan diterbitkan dalam masa terdekat ini. Insya-Allah.
3. Dell mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu jurnal ini terus beroperasi walaupun banyak cabaran yang dihadapi.
Dell berasa sangat gembira kerana di dalam mesyuarat tadi, akhirnya Editor bersetuju menerima artikel dalam bahasa Melayu bermula untuk isu akan datang. Editor bahasa dan reviewer juga sudah dilantik untuk artikel dalam bahasa Melayu ini. Maka, bertambahlah jawatankuasa dalam GMJ-ME ni. Insya-Allah, ada rezeki salah satu jurnal Dell berkaitan dengan penyelidikan dalam tesis PhD Dell akan dihantar ke sini.
NOTA :
Sekurang-kurangnya selain menjadi Administrator, Dell berpeluang menyumbangkan artikel suatu hari nanti. Insya-Allah.
Hari ini, Dell seharian berada di fakulti. Maklumlah, banyak betul urusan yang perlu Dell selesaikan. Pada pukul 10.00 pagi, Dell ada mesyuarat GMJ-ME. Selepas itu, Dell lari ke Pejabat Imigresen Kajang sekejap untuk perbaharui pasport. Setelah selesai, Dell ke fakulti semula untuk mendapatkan laporan GS-11 yang telah ditandatangani oleh pensyarah yang merupakan salah seorang daripada Jawatankuasa Tesis Dell. Kemudian, Dell perlu menghantar laporan tersebut di Seksyen Siswazah Fakulti. Kebetulan ada beberapa perkara yang Dell perlu dapatkan info berkaitan dengan perjalanan Dell sebagai seorang siswazah untuk semester depan. Mudah sedikit Dell hendak membuat perancangan nanti. Sepanjang Dell berada di fakulti, Dell terserempak dengan beberapa pensyarah yang sudah lama Dell tak jumpa. Satu kebiasaan jika kami akan berhenti dan berbual sekejap. Maklumlah, masing-masing sibuk.
NOTA :
Terharu... kerana ada salah seorang pensyarah telah memberi satu bungkusan kecil kepada Dell ketika berjumpa. Beliau kata dah lama dia simpan cenderahati tu untuk diberikan kepada Dell, cuma dia terperanjat ketika dia ingin berjumpa Dell di pejabat, Dell sudah berhenti kerja secara tiba-tiba. Jadi, dia simpan bungkusan kecil tu kerana dia pasti akan berjumpa dengan Dell satu hari nanti.
Apabila Dell membuka bungkusan kecil itu, terdapat dua brooch yang cantik. Terima kasih Dr. N. Semoga Allah melapangkan pintu rezekinya. Amin... :)
NOTA :
Terharu... kerana ada salah seorang pensyarah telah memberi satu bungkusan kecil kepada Dell ketika berjumpa. Beliau kata dah lama dia simpan cenderahati tu untuk diberikan kepada Dell, cuma dia terperanjat ketika dia ingin berjumpa Dell di pejabat, Dell sudah berhenti kerja secara tiba-tiba. Jadi, dia simpan bungkusan kecil tu kerana dia pasti akan berjumpa dengan Dell satu hari nanti.
Apabila Dell membuka bungkusan kecil itu, terdapat dua brooch yang cantik. Terima kasih Dr. N. Semoga Allah melapangkan pintu rezekinya. Amin... :)
Hari ini Dell menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Editorial Board Global Media Journal-Malaysian Edition (GMJ-ME) untuk tahun 2013. Dell bersyukur kerana kali ini, Dell selaku pentadbir (administrator) untuk GMJ-ME dibantu oleh beberapa pensyarah FBMK untuk memantapkan lagi perjalanan pentadbiran jurnal online ini. Bukan mudah sebenarnya untuk Dell melakukan seorang diri memandangkan ada masalah dengan sistem perisian GMJ-ME. Tambahan pula, pegawai IT yang telah membina sistem tersebut telah berpindah ke tempat lain. Walaupun perjalanan jurnal ini agak lambat sedikit disebabkan masalah-masalah teknikal, kami tetap tidak berputus asa dan cuba mengatasinya sedikit demi sedikit. Target kami untuk menjadikan jurnal ini sebagai cited journal tidak padam. Kami semua memang berusaha ke arah itu.
NOTA :
Dell berharap jurnal ini akan dapat taraf cited-journal sebelum Dell menamatkan PhD Dell. Semoga Allah permudahkan usaha kami semua. Amin.
Minggu ni mood agak slow sikit. Maklumlah lama sangat lepak di kampung. Balik dari kampung, sakit tekak pula tambahan terasa macam demam sikit, tu yang membuatkan terasa malas je. Mujur ada kawan-kawan berdekatan, dapat juga lepak-lepak dengan mereka. Kalau malas nak keluar, chat je dengan mereka.
Walaupun kini Dell sudah tidak bekerja, talian telefon Dell tetap berdering seperti biasa. Jadi, tidaklah terasa sunyi. Sepupu pun selalu juga datang lepak di rumah Dell. Kalau bosan sangat, Dell lepak di rumah kawan-kawan pula.
Dell masih lagi menjadi Administrator untuk Global Media Journal-Malaysian Edition (GMJ-ME). Sekali-sekala dapat berhubung dengan orang luar melalui mesyuarat. Dapat input baru. Mujur Dell dapat menguruskan jurnal ini di rumah.
Esok Dell akan ada perbincangan untuk laporan bengkel yang telah Dell tulis selepas disemak oleh pensyarah. Katanya, insyaAllah dapat markah penuh. Cuma Dell perlu buat sedikit pembetulan mengikut apa yang diminta. Alhamdulillah. Lega rasanya.
Sepatutnya, esok petang Dell perlu kemukakan borang soal selidik yang berkaitan dengan penyelidikan Dell tapi tulah ilham belum datang lagi. Tambahan mood yang agak kureennnggg ni, lagilah terasa malas hendak buat. Tapi tetap kena buat juga sebab ada markah beb. Harap-harap dapat ilham esok pagi.
Sudah dua minggu, Dell asyik meneliti beberapa jurnal dan kertas kerja untuk mengukuhkan proposal penyelidikan yang sedia ada untuk menyiapkan tugasan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini. Nampak macam mudah, tetapi memakan masa berhari-hari dan berjam-jam untuk memahami teori, penyataan masalah dan kerangka kajian. Masa pula perlu dibahagikan untuk menyiapkan juga laporan bengkel SPSS tempoh hari.
Akhirnya, tugasan perbentangan siap juga hari ini. Tinggal nak taip ke dalam powerpoint je. Lega rasanya. Kini, tinggal hendak fokus laporan bengkel SPSS pula disamping memantau artikel untuk Global Media Journal -Malaysian Edition (GMJ-ME) secara manual kerana sistem on-line ada masalah.
NOTA :
Mujur di rumah banyak buku berkaitan pemberian pensyarah-pensyarah sebelum ini boleh dijadikan rujukan. Tambahan pula, kini jurnal dan kertas-kertas kerja boleh didapati hanya di hujung jari (di internet). Secara tidak langsung, menjimatkan masa dan tenaga. >.<"









