Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Memaparkan catatan dengan label Kancilku sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kancilku sayang. Papar semua catatan

Sudah lama Dell tidak menulis di sini kerana kesibukan menguruskan beberapa urusan.

Satu pengalaman yang tidak boleh Dell lupakan berlaku pada 30 Mac 2015. Ketika itu Dell sedang memandu dari arah Serdang menuju ke Jaya Jusco Taman Equine.

Cuaca sudah mendung. Namun selepas lampu isyarat di Taman Universiti Indah tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat. Lebatnya hujan itu sehingga kita agak sukar hendak melihat kereta di hadapan.

Jadi, semua kenderaan termasuk Dell memandu dengan sangat perlahan. Mungkin tidak sampai 60km sejam. 

Apabila tiba di selekoh, tidak tahu mengapa Dell tidak boleh kawal stering kereta. Seolah-olah tayar kereta tertarik ke arah sebelah kiri. 

Dell cuma pegang stering dengan kuat dan stabilkan kedudukan tayar, masih tidak boleh. Hampir-hampir melanggar kenderaan sebelah kiri.

Melalui cermin sisi, Dell perasan kereta dari belakang terus perlahankan kereta. Mungkin mereka ternampak kereta Dell seperti tidak dapat dikawal.

Waktu itu, Tuhan sahaja yang tahu bagaimana keadaan Dell di dalam kereta tersebut.

Dahlah kawasan tersebut selalu ada kejadian kereta terbalik (tayar empat ke atas) dan kemalangan maut. Seriau rasa!

Tayar hadapan kereta pecah.

Namun, Dell bernasib baik kerana mampu mengalihkan kereta ke tempat yang lebih selamat dengan memandu perlahan-lahan.

Akhirnya, Dell berhentikan kereta di tepi jalan berhadapan dengan NAHRIM.

Dell bersyukur urusan dipermudahkan pada hari tersebut.

Ada beberapa orang rakan dan kenalan yang sudi menolong serta bertanya khabar ketika kejadian dan selepas kejadian.

Terasa diri disayangi. :)

Cuma Dell mengalami bengkak urat dalam akibat hentakan yang kuat ketika melanggar divider. Selepas urut, baru terasa lega. Dua minggu juga baru badan Dell rasa pulih.

Manakala, kerosakan kereta hanya tayar yang pecah sahaja. Mujur.

Alhamdulillah, tiada kecederaan teruk pada Dell dan kereta. 

Apa-apa pun berhati-hati ketika memandu kereta kerana sangat bahaya jika ada minyak di jalan raya.
Keretaku di-make-up sejuk!

Beberapa hari sebelum Cuti Tahun Baru Cina, Dell sempat tinted kesemua cermin kereta Dell. Maklumlah, cermin depan kereta baru sahaja ditukar disebabkan retak kena batu kecil yang terpelanting disebabkan lori di highway. Kebetulan, tinted lama Dell dah bergelembung. Mujur Dell memang ambil insurans untuk cermin depan kereta. Kalau tak, mahu beratus-ratus keluar duit. Huhuhu...

Selama beberapa hari Dell survey di internet, di mana tinted yang sesuai untuk Dell pergi. Akhirnya Dell buat keputusan mendapatkan khidmat di Mekap Kereta Sejuk. Bengkelnya pun senang untuk Dell pergi, berdekatan dengan UKM.

Dell berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun sudah beberapa kali tangguh kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan oleh tuan bengkel. Lagipun, tuan bengkelnya tidak kedekut ilmu. Banyak jugalah yang Dell pelajari berkaitan dengan tinted ini. Selebihnya, boleh baca di blog yang beliau tulis.

Ketika menunggu mereka menyiapkan kerja-kerja tinted itu, Dell sempat berbual-bual sebentar dengan tuan kedai itu. Katanya, sebenarnya bidang pengajian dia dahulu adalah multimedia. Tetapi kerana minatnya yang mendalam terhadap aksesori kereta akhirnya beliau berhenti kerja dalam bidang multimedia dan buka bengkel ini.

Dell memilih Silver Chrome Tinted. Sejuk sedikit berbanding tinted biasa. Alhamdulillah, apabila masuk ke dalam kereta ketika panas tidaklah terasa bahang sangat seperti sebelum ini. Mata Dell pun tidak terasa pedih ketika memandu pada waktu panas seperti sebelum ini. Rasa lega sangat-sangat! 
Skirting depan patah!

Kemalangan yang sungguh tidak berbau terjadi kepada Dell pada 28 Mac (Jumaat) lepas. Ketika itu, Dell dalam perjalanan ke UPM. Kejadian tersebut berlaku sekelip mata. Yang peliknya, kereta Dell dilanggar oleh seorang penunggang motosikal ketika Dell sedang berhenti untuk menunggu lampu trafik berwarna hijau. Sedap je, skirting kereta Dell disauk dari tepi.

Mujurlah taukeh itu terus cakap, "Bukan salah you, memang salah saya tadi. Saya nak elak motor lagi satu yang datang himpit saya tadi. You ganti, nanti saya bayar." Kemudian, dia terus bagi kad pengenalannya untuk Dell ambil gambar. Satu kerja hendak ke bengkel kereta untuk ganti yang baru. 

Alat ganti di perodua sangat mahal, mencecah RM600. Taukeh itu tidak percaya dan mahu cari sendiri alat gantian tersebut. Dell kata, "Saya hendak yang ori sebab ini kancil special edition, memang sudah built-in sekali." Beliau mengiyakan dan tetap hendak mencarinya sendiri. 

Pada hari Ahad (13 April 2014) pula, ketika Dell dalam perjalanan ke Bengkel Penulisan Kreatif Pn. Nisah Haron di Kajang... tiba-tiba setelah masuk di kawasan Bandar Baru Bangi, kereta Dell meragam. Bergegar dan berbunyi agak kuat. Kereta itu pun secara automatik bergerak perlahan walaupun ditekan minyak. Ah, sudah!

Dell berdoa agar kereta boleh bertahan, selamat sampai pergi dan balik dari bengkel penulisan. Selesai sahaja bengkel penulisan, Dell terus ke bengkel servis kereta berdekatan. Mujur ada satu yang buka dan sederet dengan tempat bengkel penulisan tadi. 

Mekanik tersebut memeriksa kereta Dell dan mengatakan ada tiga kerosakan tetapi dia meminta Dell pergi ke bengkel kereta berdekatan dengan rumah Dell kerana dia tidak boleh baiki kereta Dell pada hari tersebut, tidak sempat siap katanya. Mekanik tersebut ajar Dell bagaimana hendak pandu kereta yang rosak sebegitu sehingga sampai ke destinasi. Dia tidak meminta sebarang bayaran. Alhamdulillah, sampai juga ke area rumah Dell dengan selamat tanpa sebarang masalah.

Hari sudah hampir lewat petang, jam menunjukkan hampir pukul 4.00 petang. Mujur masih ada bengkel kereta buka pada waktu tersebut. Maklumlah, hari Ahad kebanyakan bengkel tutup. Mekanik di situ turut kata 3 kerosakan yang sama. Mereka sempat menukar dua bahagian di kereta Dell. Pertama, 'Drive Shaft Long & Gear Oil' (RM280) dan kedua, 'Brake Pad F' (RM80). Memang salah Dell tidak menukarnya beberapa bulan lepas walaupun sudah diberitahu akan kerosakan kecil waktu itu.

Manakala keesokkan harinya, baru tukar 'Compressor & Aircond Gas'. Memang Dell sudah dengar ada bunyi ketika pasang 'aircond' bermula bulan Februari lepas, tapi Dell asyik terlupa untuk pergi ke bengkel kereta untuk pemeriksaan. Nasib baik kereta tak 'jam', kalau tak memang kena 'towing-lah' jawabnya. 

Mereka tanya sama ada Dell hendak guna alat gantian 'recon' (second hand) atau original. Dell memilih alat gantian original walaupun mahal untuk mengelakkan masalah lain pula berlaku. Nanti kang rosak, menyusahkan je. Waranti alat gantian 'recon' untuk tiga bulan sahaja. Sebelum itu, Dell sudah 'survey' harga alat gantian 'recon' dan original sehingga ke Johor. Anggaran harga dan jenama beberapa alat gantian, Dell sudah tahu. Kereta Dell guna jenama Panasonic.

Keseluruhan kos yang Dell kena ialah sebanyak RM1240. 

Dapat percuma 'power bank' dan sekotak tisu.

Dell berasa selesa berada di bengkel ini. Tempatnya bersih dan teratur. Ruangan menunggu pelanggan ada sofa yang selesa, penyaman udara dan wifi percuma. Air mineral turut disediakan. Layanan pula memang baik. Malah, Dell tak sangka mereka nak beri Dell satu 'power bank' dan sekotak tisu sebagai cenderahati.

Biasalah itu, umur kereta comel Dell pun sudah hampir satu dekad. Memang kena bersedia jika kereta rosak. Apa-apapun, kereta comel ini tetap di hati. :)
Sedar tak sedar, keretaku sudah berusia lebih tujuh tahun berkhidmat untukku. Masa yang berlalu terlalu cepat menyebabkan Dell nyaris-nyaris terlupa untuk periksa balancing dan alignment setelah menukar kesemua tayar pada awal tahun lepas. Mujur teringat lalu Dell hantar kereta untuk balancing dan alignment ketika Dell balik ke kampung hujung minggu lepas untuk membuang undi. 

Nasib baik Dell cepat menghantar kereta untuk alignment dan balancing tayar tu sebab tayar di bahagian depan sudah 'makan' ke dalam sedikit. Kalau lambat, mesti tayar rosak. Chamber pun dah patut kena tukar. 

Memang Dell suka servis kereta di kampung halaman. Senang sebab dekat dengan rumah. Setelah Dell servis kereta, periksa bahagian enjin, buat alignment dan balancing tayar... Dell terasa lega. Yalah, takut jadi kerosakan major pula nanti jika diremehkan penjagaan kereta comelku itu. Habis belajar, selesailah hutang kereta tu.

:: Hati membuak-buak untuk tukar cat kereta. Sabarlah wahai hati....
Masih ingatkah lagi tentang kemalangan kancil ku pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas? Baca di sini : Kemalangan di hari raya. 

Beberapa hari ini, Dell baru perasan bahawa cat di bumper kereta melepuh dan tanggal. Yang paling Dell risaukan ialah bumper kereta tu bukan jenis body tetapi plastik. Dalam masa terdekat ni, Dell terpaksa meminta mak angkat Dell telefon empunya bengkel tu untuk berbincang baik pulih kereta Dell semula. Harap-harap tiada masalah. Amin....

NOTA :
Kalau kereta ni dapat diperbaiki, nampak gayanya Dell terpaksa menumpang bermalam di rumah atok saudara Dell di Keramat, KL kerana bengkel tu beberapa meter sahaja dari rumahnya.
Masih ramai yang bertanya kepada Dell, "Bila nak tukar kereta baru?". Yang pastinya, yang bertanya itu bukanlah Penjual Kereta. Kadang-kala, Dell tidak faham mengapa soalan itu ditanya kepada orang yang sedang melanjutkan pelajaran. Apa-apa pun, ini terpulang kepada individu masing-masing bahagia tu terletak di mana. Kalau diikutkan hati, boleh je Dell tukar kereta lain tapi Dell sayang duit. Sebab kereta kancil Dell ni jimat minyak dan maintenancenya murah. Dah 6 tahun Dell guna kancil ni, lagi tiga tahun habislah loan kereta ni.

Lebih elok duit yang berlebihan itu dibuat simpanan. Dell memang dah buat keputusan tak akan menjual kereta kancil ni walaupun dah habis loannya. Dell akan simpan kereta ini di kampung sekiranya Dell membeli kereta yang baru nanti. 

NOTA :
Lebih baik memikirkan bagaimana hendak memiliki rumah atau tanah sebagai aset... betul tak?
Semalam merupakan hari terakhir untuk sesi perkuliahan. Ini menunjukkan peperiksaan akhir semakin dekat! Huwarrgghhh... tugasan masih tak siap lagi! Sedar tak sedar, semester ini bakal berakhir. Dell berasa bertuah kerana masih ada lagi sahabat yang sudi meraikan harijadi Dell walaupun sudah dua hari harijadi Dell sudah berlalu. 

Selepas kuliah berakhir, sahabat Dell iaitu Kak Baayah belanja Dell makan di Pizza San Fransisco, Mines. Petang tu Dell makan Lamb Chop Black Pepper dan Chocholate Blended manakala Kak Baayah makan Marimara Spagetti dan Jus Tembikai. Kak Baayah order Chezzy Pudding Bread, Aiskrim dan Tiramisu sebagai dessert. Kenyang sungguh Dell malam tu. Tak sangka, kak Baayah nak meraikan harijadi Dell. Terharu rasanya. :)
Ini hadiah yang comel untuk Dell terima selepas itu. Suka tengok gelas tu. 'Elok berdua' katanya... hehehe...

Dell doakan semoga Kak Baayah dilapangkan pintu rezekinya sehingga ke syurga. :)

Bacalah juga :
Menyayangi kancilku seperti kereta ini... hehehe...

Sedar tak sedar, sudah 6 tahun Dell memandu kereta kancil ni. Kereta ini pun dah bergerak sebanyak hampir 94000 kilometer. Petang tadi Dell hantar kancil untuk di servis. Saja je buat kat kampung. Semasa servis kereta, Dell teringat tentang timing belt. Seingat Dell, belum pernah tukar lagi. Maklumlah disebabkan jam kilometer tu rosak dan diganti baru, mileage ye lari seganda. Jadi, PERODUA tidak menukar timing belt tersebut walaupun mileage ye sudah melebihi 80000 kilometer. Patutlah setiap kali hidupkan enjin, terasa macam ada bunyi yang tak berapa sedap didengar. La nie, selepas diservis terasa lega sangat-sangat memandangkan Dell selalu pandu kereta untuk jarak jauh. 

NOTA :
Lagi tiga tahun kereta ini habis dibayar. Cepat betul masa berlalu. 

Tanggal 3 September 2012 (Isnin), pukul 9.20 malam...

Ketika sedang rancak Dell dan sepupu, Masittah bercerita di dalam kereta (kebetulan kereta sedang berhenti kerana lampu merah), tiba-tiba satu hentakan kuat dari arah belakang kereta Dell. Disebabkan hentakan yang kuat dari arah belakang, kereta Dell terlompat ke depan dan melanggar kereta depan.

Terperanjat Dell pada waktu itu dan hanya satu lafaz yang terlahir... 'Masya-Allah'.

Setelah kami berpandangan seketika, Dell meminta Mas mengambil nombor plat kereta di belakang. Ketika Dell hendak keluar dari kereta dan melihat kerosakan di belakang bonet, kereta di hadapan Dell pergi begitu sahaja. Waktu itu, Dell tidak kisah dengan kereta di depan, yang penting adalah kereta di belakang.

Apabila Dell melihat pemandu kereta di belakang keluar dari kereta, Dell terkejut! Seorang seperti bounzer, seorang lagi macam hero hindustan. Ah, sudah! Takut juga Dell waktu itu.

Ayat pertama yang Dell cakap dengan mereka, "Hmmm... macam mana ni ek?"

Si pakcik bounzer cakap, "Maaf, dik. Brek kereta nie memang rosak, tiubnya bocor. Ikut kereta saya ke bengkel saya berdekatan sini, ya."

"Ok.."

Dell pun ikut kereta Range Rover tu dari belakang. Tak sampai 200 meter dari tempat pelanggaran, sudah sampai di bengkel pakcik tu. Pakcik itu berkata, "Maaf sangat-sangat dik, tadi saya hendak check kereta ni sama ada breknya sudah ok atau belum. Tadi saya dah cuba tekan brek sekuat hati, mujur brek angin makan. Kalau tak lagi teruk. Takpe, memang salah saya, saya baiki semua kerosakan. Adik cuma perlu tinggalkan kereta bila-bila adik free untuk dibaiki."

Hero Hindustan (bangla) tu pula kata, "Encik ni tuan punya ini bengkel. Adik jangan risau. Apa kerosakan, dia kasi baiki."

"Beginilah encik, saya telefon saudara saya sekejap. Dia duduk di area sini."

"Boleh. Adik order la makan minum dulu di kedai nie. Maaf sangat-sangat ya." (Di tapak bengkel pakcik tu, ada sebuah kedai makanan kecil untuk masakan Melayu dan Barat dan kedai cuci kereta). Kami hanya minum je sebab perut dah kenyang maklumlah baru balik beraya di rumah atuk saudara di situ.

Dua puluh minit kemudian, saudara (pangkat bapa saudara) Dell datang ke bengkel tersebut. Setelah deal dengan pakcik tu, semuanya selesai. Mujur rumah atuk saudara Dell hanya beberapa ratus meter dari tempat kejadian dan mereka sudah bermastautin di situ sejak tahun 80-an lagi.

Tak pasal-pasal, kami lewat sampai rumah.

**********

Pada hari Rabu, Dell pun menghantar kereta bersama atuk saudara. Dua hari Dell terpaksa bermalam di rumah atuk saudara di Keramat. Maklumlah, kerosakan agak teruk. Bonet belakang kena ketuk dan bumper kena ganti manakala bonet enjin pun kena ketuk sedikit. Hendak menunggu cat kering itu yang agak lama.

Apa-apa pun, mujur kami berdua tidak mengalami sebarang kecederaan dan fobia.

**********

Hari Khamis lewat petang, baru Dell dapat mengambil kereta semula. Terasa lega kereta dah ok. Pakcik tu pun bagus sebab dia yang follow up dengan Dell sama ada kereta ok atau tidak kerana dia berada di luar (pakcik tu nak tahu sama ada pekerjanya buat kerja dengan elok). Pakcik tu pun ada juga mempelawa Dell dan atuk saudara makan dan minum di kedai makan di sebelah bengkelnya tu. Tapi kami menolak.

Apa-apa pun, alhamdulillah kerana pakcik itu bertanggungjawab di atas semua kerosakan. Kalau tak, mahunya beribu kena bayar.




Tanggal 6 Jun 2011 (Isnin), pukul 7.20 pagi...

♪ ♫ ♩.. Menyusun tari ala tari...♪ ♫ ♩

KEDEBOOMMM!!!

Terkejut Dell pada hari itu, sedar-sedar dah kena langgar dari belah kanan kereta. Waktu tu, Dell betul-betul  berada di simpang tiga berdekatan dengan rumah Dell. Terkejut kerana bunyi dentuman yang kuat (bagi Dell), al-maklumlah kereta Kancil...

Setelah matikan radio, Dell turun kereta untuk melihat kerosakan yang berlaku. Aduh, kemek pintu kereta ku! Tapi, terus-terang Dell katakan... tiada sekelumit pun rasa kemarahan yang timbul waktu itu. Putri redha dengan apa yang telah terjadi walaupun agak terkejut. Lagipun, empunya kereta itu tidak melarikan diri dan berbincang ganti rugi dengan cara yang baik.

Mujur kakak tu tidak panik (tidak menekan minyak terus setelah berlanggar), jika tidak, mahu terbalik kereta kancil ku yang comel itu (beserta dengan tuannya sekali) terjun bukit! Maklumlah, kereta Dell kan ringan.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Kebetulan empunya kereta itu juga merupakan staf UPM dan duduk berdekatan dengan rumah Dell. Sepeninggalan kereta Dell di bengkel, Dell terpaksa menumpang kereta balik dan pulang dari tempat kerja dengan kakak yang melanggar kereta Dell itu.

Katanya... "Akak betul-betul tak nampak kereta Dilla masa berhenti di simpang tu. Dah dua kali tengok. Allah tutupkan pandangan akak agaknya. Mungkin ada hikmah di sebalik pelanggaran ini..."

Dell : Sebenarnya, Dilla perasan yang akak berhenti. Jadi Dilla terus memandu cuma tidaklah laju. Agak terperanjat juga bila akak langgar Dilla masa tu.

Kakak itu : Takpelah, jika ada rezeki... boleh kita keluar sama-sama. Secara kebetulan pula, kita duduk berdekatan. Ada masa datanglah rumah akak.

Dell : InsyaAllah... Dilla takde masalah. Ok saja kalau akak ajak keluar.

Atas bantuan staf di tempat dia, kereta Dell selamat dibaiki di sebuah kedai berdekatan dengan UPM. Harga ganti rugi juga agak berpatutan dan hasil kerjanya sangat-sangat Dell berpuas hati. Layanan yang diberikan oleh mekanik sangat baik (sempat meminta no. telefon mekanik tu supaya jika ada apa-apa, boleh minta pertolongan).

Ini merupakan pengalaman pertama Dell dilanggar. Waktu itu, fikiran Dell tidak terarah kepada kerosakan kereta kerana ada kerja penting yang Dell kena selesaikan. Selama dua hari Putri tidak dapat tidur dengan sempurna kerana risau memikirkan hal itu. Alhamdulillah, walaupun ketika itu Dell kemalangan... dalam masa yang sama Dell dapat menyelesaikan kerja penting itu. Segala-galanya, dipermudahkan...

Inilah kereta kesayanganku... diam tak diam, sudah 6 tahun Dell menggunakannya.

Ramai yang bertanya, "Bila nak tukar kereta..?"

Boleh hendak tukar, tapi sayang duit beb! Maklumlah kereta ni jimat banyak wang terutama tang petrol.

Untuk kepuasan hati, Dell sudah menambah beberapa accessories pada kancil ni sejak tahun 2010.

Yang pertama, Dell letak Micro Compressor dan Super Fuel Max.


Yang kedua, Dell letak Max Speed Power Voltage Booster



Yang ketiga, Dell letak Storm Jacker 6.5 Comp SJ-W601

Yang keempat, Dell sudah tukar CD player baru sebab yang lama sudah tidak boleh mainkan CD... asyik eject je... walaupun Dell beli yang jenis biasa tanpa MP3 @ USB... tetapi Dell boleh mainkan lagu dari player MP3 dan telefon bimbit Dell melalui kabel AUX. Kira oklah tu. Kalau Dell rasa macam tak selamat dan takut CD player kena curi, Dell boleh tanggalkan casing radio itu dan simpan di dalam dashboard. Kira oklah tu...

Cuba bayangkan kalau Dell ubah Kancil ni jadi seperti gambar di bawah...


Cun, kan???

Dell sudah tinted cermin dengan warna yang gelap sikit selepas tukar cermin baru (claim daripada insurans). Kebetulan, cermin depan Dell retak sebelum ini disebabkan terkena batu di lebuhraya.

Hendak tukar kereta??? Sayang beb! Banyak lagi hendak di modify ni.

Mana tahu, tiba-tiba Kancil Dell bertukar menjadi Bumble Bee... Hahaha... Berangan tak ingat!