Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Tompok : Nampak tak apa yang aku nampak?
Belang : Eh, nampak! 

Akhirnya, cita-cita kami untuk memulakan penyelidikan menjadi kenyataan setelah hampir setahun menunggu proposal kami diluluskan. Panggilan telefon daripada supervisor Dell pagi tadi benar-benar telah menaikkan semangat Dell. La ni, Dell sedang berhempas-pulas menyiapkan BAB 1, BAB 2 dan BAB 3. Yalah, nak kejar masa untuk CE, seminar dan lain-lain untuk semester depan. Ni belum lagi mula untuk menulis jurnal. Sekurang-kurang kena terbit dua jurnal baru boleh bergraduat. Kena buat perancangan rapi agar semuanya berjalan dengan lancar.

NOTA :
Penulisan untuk laporan kemajuan dan laporan untuk buku log penyelidikan sudah  Dell rangka awal-awal lagi. Ini penting untuk proses copyright dan paten nanti. Chaiyok2!

::Jangan lupa klik Promosi hebat!


Menyayangi kancilku seperti kereta ini... hehehe...

Sedar tak sedar, sudah 6 tahun Dell memandu kereta kancil ni. Kereta ini pun dah bergerak sebanyak hampir 94000 kilometer. Petang tadi Dell hantar kancil untuk di servis. Saja je buat kat kampung. Semasa servis kereta, Dell teringat tentang timing belt. Seingat Dell, belum pernah tukar lagi. Maklumlah disebabkan jam kilometer tu rosak dan diganti baru, mileage ye lari seganda. Jadi, PERODUA tidak menukar timing belt tersebut walaupun mileage ye sudah melebihi 80000 kilometer. Patutlah setiap kali hidupkan enjin, terasa macam ada bunyi yang tak berapa sedap didengar. La nie, selepas diservis terasa lega sangat-sangat memandangkan Dell selalu pandu kereta untuk jarak jauh. 

NOTA :
Lagi tiga tahun kereta ini habis dibayar. Cepat betul masa berlalu. 
Sudah dua minggu, Dell asyik meneliti beberapa jurnal dan kertas kerja untuk mengukuhkan proposal penyelidikan yang sedia ada untuk menyiapkan tugasan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini. Nampak macam mudah, tetapi memakan masa berhari-hari dan berjam-jam untuk memahami teori, penyataan masalah dan kerangka kajian. Masa pula perlu dibahagikan untuk menyiapkan juga laporan bengkel SPSS tempoh hari.

Akhirnya, tugasan perbentangan siap juga hari ini. Tinggal nak taip ke dalam powerpoint je. Lega rasanya. Kini, tinggal hendak fokus laporan bengkel SPSS pula disamping memantau artikel untuk Global Media Journal -Malaysian Edition (GMJ-ME) secara manual kerana sistem on-line ada masalah. 

NOTA :
Mujur di rumah banyak buku berkaitan pemberian pensyarah-pensyarah sebelum ini boleh dijadikan rujukan. Tambahan pula, kini jurnal dan kertas-kertas kerja boleh didapati hanya di hujung jari (di internet). Secara tidak langsung, menjimatkan masa dan tenaga. >.<"


Usaha + Kreativiti = BINGO!

Alhamdulillah, sesuatu yang Dell tunggu-tunggu sebelum ini telah terjawab keputusannya pada hari Rabu lepas. Terasa lega sangat-sangat. Setahun kami mengambil masa untuk memohon dana itu. Bulan November ini, kami sudah boleh mulakan penyelidikan. Tak sabar rasanya. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan. 

Semoga apa yang kami bayangkan akan menjadi kenyataan. Kreativiti tanpa usaha yang bersungguh-sungguh tidak akan berjaya. Ianya bukan semudah cakap-cakap kosong. Bak kata pepatah, DIAM-DIAM UBI BERISI.

Inilah yang diharapkan oleh supervisor Dell ;)




Ramai di antara kita agak sukar untuk bersyukur dengan apa yang mereka dapat atau peroleh kerana beranggapan ianya kecil tidak seperti yang mereka harapkan. Malah ada yang suka perli (menghakimi) orang-orang sekeliling kerana pada mereka orang itu tidak suka bersedekah atas alasan mereka jarang 'belanja' mereka makan atau sebagainya. Sedangkan sedekah ini maknanya luas bukan sekadar hanya menghulurkan wang atau barangan. Ianya juga boleh berbentuk doa, tenaga, masa, idea, ilmu dan lain-lain. Inilah antara orang-orang tidak bersyukur dengan apa yang ada, hanya nampak keduniaan dan harta benda semata-mata.

Kita sibuk menghakimi orang lain sedemikian, sedangkan malaikat sibuk mencatat amal kebaikan seseorang itu dilangit kerana sedekah atau amalannya yang tidak diketahui orang lain yang dilakukannya secara senyap-senyap. Yalah, kita bukannya boleh memantau seseorang itu 24 jam, sudah tentu kita tidak tahu amal kebaikannya.

Jika orang hanya beri kita hanya sepotong roti, syukurlah kerana itu rezeki kita daripada kita hanya mendapat tangan kosong. Kadang-kala, Allah sengaja menguji kita sejauh mana kita bersyukur dengan perkara-perkara kecil... setelah berjaya ujian itu, barulah Allah memberi kita sesuatu yang besar dari sumber yang tidak disangka-sangka.

NOTA : 
Mengikut sunnah nabi bukan hanya terletak pada cara makanan dan pakaian semata-mata tetapi yang lebih utama ialah penjagaan mata, telinga, mulut dan hati.

Diam tak diam, bertemu semula Hari Raya Korban ni. Raya ni, Dell pulang ke kampung agak lewat kerana ada hal penting harus diuruskan pada hari Khamis. Hajat dihati hendak pulang ke kampung selepas waktu maghrib, tetapi hujan lebat berterusan sehingga pukul 9.00 lebih malam. Jadi, Dell buat keputusan untuk bergerak pulang selepas subuh keesokkan harinya. Alhamdulillah, highway sungguh lengang! Seronok memandu tanpa kesesakan dengan keadaan santai.

Kali ini, keluarga Dell ada membuat korban atas 3 nama. Tapi Dell tak pergi pun ke masjid, hanya mama, atok dan adik yang pergi selepas selesai solat Jumaat. Dell ambil kesempatan untuk berehat saja di rumah.

Raya korban kali ini, tidak semeriah seperti sebelum ini kerana secara kebetulan kebanyakan saudara mara sibuk dengan urusan korban masing-masing memandangkan masa yang terhad  kerana korban dilakukan selepas solat Jumaat. Tahun ini, kebanyakan masjid mengorbankan banyak lembu berbanding tahun sebelum ini. Tambahan pula, pakcik sekeluarga tidak dapat pulang ke kampung raya kali ini kerana anaknya demam dan akan menduduki peperiksaan pada hari Isnin depan. 

Menu hari raya pertama, mama cuma masak nasi impit, rendang daging, ayam kurma, sambal kacang dan sambal jawa, sebagai tambahan mama hanya membeli ketupat sedikit. Menu hari raya kedua pula Dell minta mama masak sup tulang sebab nak makan dengan mihun (kira ala-ala makan soto). Dimakan dengan sambal kicap. Pergh, berulang-ulang Dell makan! 

Sepanjang hari di kampung, Dell menghabiskan masa di rumah sambil menonton drama-drama di TV. Teruja melihat penggambaran telemovie di Mekah. Insya-Allah, jika ada rezeki Dell teringin untuk ke sana. Amin... :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha... semoga kita akan lebih memahami makna korban dengan lebih mendalam.

NOTA :
Janganlah kita tertangguh-tangguh untuk ke tanah suci sekiranya kewangan dan tenaga sudah mencukupi. Jika ada duit lebih, jangan terasa sayang untuk pergi beribadat di rumah Allah. Ramai mengatakan mereka tidak cukup simpanan tetapi setiap bulan sanggup berbelanja untuk barang-barang kecantikan mahupun baju-baju mahal. Jangan takut duit habis untuk berbelanja pergi ke umrah atau haji kerana rezeki di tangan Allah. Jika benar amalan kita, insya-Allah rezeki kita akan bertambah dengan tidak disangka-sangka.

Ustaz Dato' Hasan Din Al-Hafiz di 'Tanyalah Ustaz' mengatakan bahawa mengerjakan haji dan umrah itu hukumnya wajib. Ini sudah tertera di dalam al-Quran. 

Sementara menunggu azan Maghrib, Dell teringat tentang Kaabah. Panggilan Kaabah sentiasa berlegar-legar dalam kenangan Dell. Dell belum lagi melangkah kaki di sana tetapi panggilan-panggilan itu sentiasa terngiang-ngiang di dalam ingatan.

Dell masih ingat ketika sekolah menengah dulu, Dell pernah bermimpi mencium Hajar Aswad. Kelihatan sungguh jelas batu didalamnya dan masih tercium-cium bau wangi Hajar Aswad itu ketika terjaga dari tidur. Waktu itu, Dell masih ingat ada beberapa orang Arab memakai ihram berada di sekitar itu dan memberi laluan kepada Dell untuk mencium Hajar Aswad itu. 

Kita tutup tentang cerita mimpi itu... kita cerita di alam yang nyata pula. Hehehe...

Catatan A : Pada tahun lepas, ketika masih di bulan Zulhijjah... Dell menerima sebuah emel daripada seorang rakan sekerja memberi nombor telefon bimbit salah seorang rakan kami yang mengerjakan haji di tanah suci Mekah. Katanya, sesiapa yang berhajat boleh menghubungi beliau dengan nombor yang tertera. Ketika itu, Dell tergerak hati untuk meminta beliau mendoakan kesejahteraan Dell di sini. Alhamdulillah, mesej yang Dell hantar dibalas selang beberapa minit kemudian. Setelah beliau pulang ke Malaysia, kami berjumpa di pejabat. Beliau menceritakan pengalamannya di sana dan memberitahu bahawa dia menerima sms Dell ketika beliau baru sahaja selesai solat subuh di depan Kaabah. Jadi, beliau panjangkan doa Dell di depan Kaabah. Alhamdulillah...

Catatan B : Tanpa diketahui, rupa-rupanya abah angkat Dell akan mengerjakan umrah pada bulan Februari pada tahun ini. Sehinggalah beberapa hari sebelum beliau berangkat ke tanah suci Mekah, beliau bertanyakan jika ada apa-apa hajat yang ingin diperpanjangkan ketika beliau di sana. Dell pun memberitahu hajat Dell. Katanya, beliau akan sampaikan hajat Dell di Raudhah kerana khabarnya di situ merupakan salah satu tempat berdoa yang makbul. Terharu Dell mendengarnya. Alhamdulillah, ada doa-doa daripadanya termakbul... Dell dapat merasainya.

Catatan C : Pada suatu pagi tahun ini, Dell terbayang akan beribadat di depan Kaabah. Tiba-tiba, Dell mendapat panggilan dari salah seorang pensyarah yang secara kebetulan sedang cuti sebatikal di Mekah. Beliau mengatakan tiba-tiba teringat akan penyelidikan dan terus menelefon Dell. Setelah bertanya tentang penyelidikan, beliau mengatakan bahawa beliau berada di depan Kaabah sambil-sambil berzikir menunggu untuk mengerjakan solat sunat. Terus dia panjangkan doa Dell di depan Kaabah tanpa Dell beritahu apa hajat di hati. Dalam hati Dell, macam tahu-tahu je apa yang terpendam di hati Dell. Alhamdulillah...

Catatan D :  Ketika ada niat di hati Dell untuk mengamalkan Selawat At-Tafrijiyyah dan Selawat Fatih... tiba-tiba datang seseorang ke pejabat Dell dan memberi Dell satu bungkusan kecil berwarna biru laut. Katanya ada seorang pensyarah yang baru balik dari mengerjakan umrah menghadiahkannya kepada Dell. Setelah pelajar itu beredar, Dell pun membuka bungkusan tersebut. Alangkah terkejutnya Dell melihat satu tasbih panjang batu permata berwarna kebiru-biruan laut dan bercahaya didalamnya. Rasa sungguh terharu dan hampir hendak menitikkan air mata ketika memegangnya. Alhamdulillah... 

Teringat kata-kata abah angkatku beberapa minggu yang lalu sebelum beliau berangkat ke Mekah, beliau menasihatkan supaya Dell daftar untuk menunaikan haji dengan segera kerana giliran untuk menunaikan haji pada masa akan datang akan mengambil masa puluhan tahun. Alhamdulillah, akhirnya Dell berjaya mendaftar haji pada tahun ini (Seruan Haji). Moga-moga dipermudahkan. Amin... :)
Dah lama Dell tidak menonton filem Tamil. Sedutan daripada filem 'Naan-Ee' ini benar-benar telah membuatkan Dell teruja untuk menontonnya! Alhamdulillah, Dell dapat menonton filem ini Isnin lepas di rumah kawan. Kalaulah dapat tonton filem ini dengan tayangan 3D, alangkah seronoknya! Cubalah tonton filem ini. Serius memang menghiburkan!

Nota : Sinopsis, sila klik : Naan_Ee
Dah alang-alang ada perkara yang hendak diuruskan di Jaya Jusco (JJ) Equine, Dell pun makan tengah hari di sana. Jemulah pula asyik makan KFC atau yang lain-lain, jadi Dell mencuba makanan di food court di situ. Sebenarnya, Dell hendak makan Suhun Goreng Pedas di gerai Wok (pernah cuba sebelum ni memang sedap!) tapi hari ini suhun tiada. Akhirnya, Dell cuba makanan di gerai mamak di situ.
Maggi Goreng Daging

Dell sangat bernasib baik kali ini kerana menu yang dipilih memang sedap. Dell minta masakan ini pedas sedikit. Dagingnya banyak dan lembut. Bahagian daging yang dimasukkan ke dalam maggi merupakan bahagian yang Dell suka makan jika dibuat sup. Harga menu ini RM6.80. Selepas ini, bolehlah order menu di gerai ini lagi. :)
Diam tak diam, sudah lebih dua tahun Dell mendapatkan khidmat jahitan baju dari De Rhas Collections. Dulu kedainya terletak di Bandar Baru Bangi. Tapi, tuan punya kedai, Fizah sudah berpindah semula ke Kelantan. Walau pun begitu, beliau masih lagi mengambil tempahan dari pelanggan tetap seperti Dell. Selalu juga dia turun ke Kuala Lumpur dan Selangor, jadi kami akan berjumpa sekiranya baju Dell sudah siap dijahit. Selalunya, tiga atau empat pasang baju Dell sudah berjahit, baru kami berjumpa. Dell suka jahitan bajunya yang kemas dan 'terletak' di badan Dell. Tahun ini sahaja, Dell telah menempah hampir 20 pasang baju. Bukan semua kain pasang itu, Dell yang beli... ada juga hadiah daripada kawan atau saudara-mara sebab tu banyak. Pada Dell harga yang diletakkan oleh Fizah berpatutan, tidak semahal di kawasan tempat tinggal Dell di sini. 

NOTA
Dell jenis tidak kisah baju-baju siap awal atau lambat sebab itu boleh tempah jauh-jauh. Biar lambat asal jahitan tersemat! :)

La ni baru Dell ada peluang untuk meneliti semua borang maklum balas peserta bengkel SPSS yang kami anjurkan pada Jumaat lepas. Kebanyakannya meminta agar bengkel ini diadakan untuk sesi kedua dan dipanjangkan masa berbengkel. Pagi nanti Dell akan masukkan semua data di dalam excel untuk dianalisis. Chaiyok2! :)

Perjalanan bengkel :

  1. Bengkel SPSS
  2. Bunting dan Poster Bengkel SPSS
  3. Peserta Bengkel SPSS
  4. Penukaran masa Bengkel SPSS
  5. Alamak bertambah lagi!
  6. Bengkel yang bermanfaat
Alhamdulillah, akhirnya Bengkel SPSS yang kami anjurkan pada pagi Jumaat lepas telah berjaya. Peserta yang menyertai melebihi sasaran kami. Itupun, Dell terpaksa menolak beberapa peserta yang ingin menyertai kerana bilik sudah padat. Dengan duit yuran peserta, kami dapat membayar fasilitator, menyediakan jamuan tengah hari dan lain-lain perbelanjaan. Maknanya, kami tidak rugi apa-apa. Sekarang ni, Dell akan menyiapkan laporan mengenai bengkel ini. Harapannya siap sebelum pulang ke kampung sempena Raya Haji minggu ni.

NOTA : Dilantik menjadi Jawatankuasa Promosi dan Dokumentasi
Apabila kamu jumpa seseorang yang terlalu ambil berat soal gosip dan cerita-cerita negatif berkenaan 'seseorang', JARAKKAN dirimu daripadanya kerana dia sebenarnya manusia kurang bahagia (kecuali jika ingin membantunya). Mungkin bahagianya terletak pada mendengar cerita-cerita, berfikir mendalam tentangnya dan bertanya sana sini mencari info yang tidak perlu. Sedangkan sepatutnya banyak sekali tugasan dan kewajiban lain yang perlukan keutamaan untuk dilunaskan -Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman-

Kita selalu akan didatangi seseorang yang suka berbicara tentang orang lain sama ada baik atau buruk seseorang itu. Jika niat baik, alhamdulillah... tetapi jika niat buruk, kesian kepada empunya badan. 
Oleh itu, sebaik-baiknya kita menghindari orang sebegini kerana :
  1. Kita membuang masa. 
  2. Silap-silap perangai 'mereka' tu berjangkit dengan kita. 
  3. Secara tidak sengaja kita tolong menyebarkan cerita yang salah mengenai orang itu (fitnah).
  4. Tak pasal-pasal kita memandang serong kat empunya badan (buruk sangka).
  5. Menzalimi empunya badan.
Apabila terjadi sebegini, secara tidak langsung kita akan menzalimi atau menganiaya empunya badan. Bayangkan semua amalan kita (pahala, rezeki dan lain-lain) semuanya akan berpindah ke empunya badan yang dizalimi. Dan, yang paling ditakuti doa empunya badan makbul tanpa hijab. Bayangkan kalau empunya badan itu berdoa agar orang yang menzaliminya DILAKNAT Allah... tentu kita tidak mahu tergolong di dalam kelompok itu, kan?



 
Hari Khamis lepas, tiba-tiba Dell teringin hendak makan masakan asam pedas. Jadi, Dell singgah di Kopitiam Asam Pedas, Putra Walk, Equine Park, Seri Kembangan, Selangor. Ini kali pertama Dell singgah di restoren ini. Kedai ini dibuka dalam pukul 12.00 tengahari sehingga tengah malam. 
 Ada beberapa set menu asam pedas untuk single set.
Dell memilih set menu Asam Pedas Ikan Siakap. Sambal belacan dan sayur kobis sedap. Pada Dell, kuah asam pedas ni terlalu pekat denga lada, jadi Dell tak boleh hirup kuahnya. Sesiapa yang berminat untuk makan asam pedas, bolehlah datang ke sini. 

NOTA : Restoren ini juga menyediakan juadah lain seperti menu nasi goreng, mi dan mihun.
Hari Rabu baru-baru ini, Dell berpeluang untuk makan di Restoren Azea di Putra Walk, Equine Park, Seri Kembangan, Selangor. Suasana di luar restoren ini memang Dell suka kerana tempatnya agak selesa. 

Dell mencuba Nasi Goreng Ketam. Harganya RM9. Rasa nasinya ok dengan potongan crabstick di dalamnya cuma Dell kurang suka sebab terasa nasinya tidak begitu lembut. Ketam gorengnya sedap cuma Dell datang tersalah hari... kalau hari pada bulan penuh, mesti isi ketam ini lebih padat. 

NOTA : Pesan orang-orang tua, jika hendak beli makanan bercengkerang seperti ketam, udang, lala dan sebagainya... perlulah beli ketika bulan penuh. :)
Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan... betul tak? Bulan ini sahaja, Dell diajak oleh dua orang kawan untuk mengikuti trip mereka melancong. Satu ke Korea, satu lagi ke Singapura. Terasa gembira rasanya sebab jika pergi secara berkumpulan (orang yang kita kenal), kita akan rasa selamat dan jimat. Sebelum ini, Dell pernah ke Padang, Indonesia (2008) dan Vietnam (2010) dan Singapura (2011). Harap-harap apa yang dirancang menjadi kenyataan. Amin... :)
Rakaman video ini sehingga kini Dell simpan. Inilah kenangan kali pertama Dell bertemu dengan Kimmy. Dulu sebesar tapak tangan je... la ni nak dukung kena pakai dua tangan! 

::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 28 Oktober 2010::


Semenjak dua menjak ni, Kimmy dah mula suka dimandikan. Taklah seperti sebelum ni, mesti Putri akan kena cakar!

Sesiapa saja yang melihat Kimmy secara dekat, mesti soalan ni yang akan mereka tanya kepada Putri, "Eh, bersih ye bulu kucing ko?!"

Macam mana tak bersih, Putri mandikan dia sebulan 2 kali. Itu belum dia mandi sendiri!

Jangan tak tau ye, Kimmy ni seekor kucing yang cerewet dan pembersih!


Tiap-tiap hari minta tukar pasir dia! Jangan tidak percaya... Dia sanggup kejutkan Putri tengah-tengah malam semata-mata untuk tukar pasir. Kalau tak, dia tak nak MELABUR!

Macam mana Putri tahu?

Lepas dia kejut (kalau Putri bangun la... kadang-kadang malas nak layan sebab dah penat sangat!), dia akan ke tempat pasir dia dan cakar-cakar bungkusan beg pasir dia, pastu mengiaw-giaw. Dah tukar pasir baru je, terus melabur!

La ni, Putri terpaksa cari alternatif baru... letak bedak kat pasir die (selepas buang kotoran yang ada... tiap-tiap hari,ok!). Apabila berbau wangi, barulah dia nak melabur. Kalau tak, nak pasir baru je... sedangkan pasir dalam tray banyak lagi. Kini, Putri sudah beli pasir yang mempunyai bau wangi yang lebih kuat dari sebelum ni.

Kimmy juga suka tengok apabila Putri ambil air sembahyang... dia akan duduk bersebelahan dengan Putri.

Mungkin dia tengok Putri basuh muka dengan air... jangan tak percaya ye, dia basuh muka dia dengan air! Dia akan pergi dekat tempat bekas minuman dia, letak cikit air kat kaki depan pastu basuh muka dia! Percaya tak???


P/S : Nanti Putri akan cerita telatah dia yang lain pula!
Bila diingat-ingatkan balik apa yang berlaku memang terasa sangat geram sebenarnya. Terutama bagi 'mereka' yang berpura-pura. Tetapi bila mengingatkan kuasa dan balasan Allah itu tiada sempadan, Dell biarkan sahaja. Sekurang-kurangnya, Dell sudah dijauhkan dan tidak termasuk di dalam kelompok 'mereka' itu. Rasa lega sangat-sangat.

NOTA :
Adab berhutang, kenalah bayar semula kepada pemberi pinjam. Dah janji, kena tunaikan. Jangan buat derk je. Tak perlu sampai pemberi itu perlu mengejar je. Jika rezeki sempit, tak perlu salahkan orang lain. Salah diri sendiri kerana menganiaya orang lain. Doa orang teraniaya atau dizalimi ni makbul (termasuk orang yang tidak dibayar hutangnya). 

"Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya bleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati."
- Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-

Orang-orang sebegini mempunyai ciri-ciri orang munafik.

Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :
“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).
Serba salah dibuatnya... semakin dekat dengan tarikh bengkel hendak dilaksanakan, semakin banyak pula permintaan untuk jadi peserta. Sehingga Dell ditegur oleh urus setia bahagian pendaftaran supaya jangan mencari peserta lagi kerana sudah melebihi koata. Sebenarnya, Dell sudah tidak mencari peserta setelah berjaya mendapatkan tambahan 20 orang pada minggu lepas. Dell tidak sangka minggu ini mendapat panggilan telefon dan emel daripada pelajar yang ingin mengikuti bengkel ini berjumlah hampir 15 orang! Pukul 12.30 malam tadi pun masih ada sms untuk menyertai bengkel seramai 2 orang. Terpaksa Dell tutup penyertaan berkuatkuasa tengah malam tadi.

Nota : Boleh buat bisnes menganjurkan bengkel kalau sambutan sebegini... hehehe...

::Tulisan di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 15 Oktober 2010::

Kucing zaman sekarang ni dah moden... Mana taknya, kebanyakan mereka duduk dalam rumah.

Tengoklah si Kimmy ni... dah pandai tengok tv....

'Apa nak jadi dunia sekarang ni...?'
Mungkin itu yang Kimmy fikirkan setelah tengok berita pembunuhan Datuk Sosilawati di TV. Tengoklah, telinga dia tu...

'Best ye derang masuk TV. Camne nak wat camtu yerk?'
Masa Kimmy tengok rancangan 'The Planet's Funniest Animal'... Khusyuk, beb!
Lewat petang hari Isnin, Dell menerima panggilan telefon daripada pengerusi bengkel mengatakan bahawa pada saat-saat akhir fasilitator tidak dapat hadir pada waktu petang dan minta masa bengkel ditukar pada waktu pagi. Bila dah ditukar masa, secara automatiknya makmal dan lain-lain hal perlu disusun semula. Ahli jawatankuasa risau sekiranya peserta yang tersenarai menarik diri disebabkan perubahan masa. Tetapi, lain hal yang terjadi. Dell menerima permintaan lebih 10 peserta baru yang ingin mengikuti bengkel ini semalam walaupun mereka sudah mengambil maklum tentang perubahan masa bengkel. Nama-nama mereka telah diserahkan kepada jawatankuasa yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.

NOTA : Dell tidak panik dengan perubahan rancangan tersebut kerana sudah biasa mengalami pengalaman sebegini ketika bekerja dulu. :)
Kalaulah semangat tu kurang, memang sentiasa mengantuklah jawabnya. Yang bagusnya tugasan yang diberikan oleh pensyarah kali ini ialah sesiapa yang sudah ada proposal penuh tesisnya, sudah boleh mula menyiapkan tesisnya sedikit demi sedikit. Secara tidak langsung, jimat masa. Hari ini, Dell sudah mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap penyelidikan yang sudah dibincangkan dengan supervisor beberapa bulan yang lalu. Sekurang-kurangnya, sebelum tugasan dihantar ke pensyarah, supervisor boleh semak sekali dan komen.

NOTA : Bukan senang untuk jadi senang :)
Dell teringat beberapa minggu lepas, ada seseorang bertanya kepada Dell... "Kalau diberi peluang bekerja di luar negara (selepas tamat PhD untuk bidang berkaitan)... nak tak?

Pergh, soalan yang sangat power untuk Dell menjawabnya. Sebenarnya, Dell pernah juga berangan-angan untuk bekerja di luar negara setelah melihat beberapa orang pensyarah Dell yang mengajar di Korea dan China untuk bahasa Melayu. Suka membaca pengalaman mereka ketika di sana. Teruja rasanya. 

Berbalik kepada soalan seseorang itu, Dell hanya menjawab... "Biar masa yang tentukan. Buat masa ini, yang penting habiskan belajar dulu. Jika itu rezekinya, takkan ke mana-mana."


Malam ini. Dell makan yang ringkas sahaja untuk makan malam. Dell hanya beli Burger Ayam Double dan Satay Chicken (Brother's Nik Fried Chicken). Gerai ini terletak di Seksyen 4/7A di Bandar Baru Bangi berhadapan dengan kedai 7 Eleven. 
 Ada beberapa jenis menu yang ringan di gerai ini. Harga pun berpatutan. 
Dell mencuba Satay Chicken ni. Ada dua perisa iaitu pedas (ada serbuk berwarna merah) dan yang biasa. Dell membeli kedua-dua perisa untuk merasai perbezaannya. Harga satay ini RM1 sebatang. 

Pada Dell, satay ini sedap dan garing. Sedap dimakan begitu sahaja tanpa sos. Gerai ini dibuka bermula dalam pukul 4.00 petang dan tutup pada 10.00 malam. Mehlah datang ke gerai ini untuk merasai kelainan menu ayam goreng tanpa tulang. :)


Semalam Dell berpeluang makan malam dengan sate ayam dari Restoren Sup Urat Keting. Restoren ini terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Kami hanya membeli sate tersebut dan makan di rumah. Sate Daging, ketupat, timun dan lain-lain sudah habis. Jadi, hanya Sate Ayam yang dapat dibeli.

 Sate ayamnya memang lembut. Banyak cocok jugalah yang Dell makan.
Cuma kuahnya sedikit cair. Sambal sudah dicampurkan sekali di dalam kuah kacang ni.

Untuk rasa kelainan sate selain Sate Kajang Hj. Samuri dan Sate Willy, bolehlah datang ke restoren ini selain makan Sup Urat Keting. :)
Semalam Dell berkesempatan datang ke Majlis Konvokesyen UPM bagi meraikan kejayaan sepupu Dell, Sara yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Makanan. Seronok melihat graduan-graduan yang keluar dari dewan dengan jubah masing-masing. Tak sabar rasanya hendak menyarung jubah 3 jalur berbenangkan emas suatu hari nanti. Insya-Allah. :)
Segmen 'Jalan-Jalan Cari Makan' hari ini, Dell dan keluarga sepupu makan tengah hari di Restoren Cempaka Rimba di Mall Billion, Bandar Baru Bangi. Maklumlah, kami agak kepenatan dan lapar selepas hampir seharian di Majlis Konvokesyen Sarah di UPM hari ini.

Kami telah memilih Lauk Telur Bungkus saiz kecil, Tom Yam Campur saiz sederhana, Ayam masak Halia saiz kecil dan Sayur Kailan Ikan Masin saiz kecil dua pinggan. Kami berempat memilih air jus yang berbeza mengikut citarasa masing-masing.
Masakan di sini agak sedap dan berasa. Nasi pun lembut. Cuma pada Dell rasa Tom Yam dan air jus agak kureng sikit, bukan tidak sedap tetapi pada Dell kurang pekat rasanya. Harga kesemua yang diorder dalam RM50. Apa-apa pun, Dell rasa puas makan di sini. :)
Dah besar dah sepupu Dell nie... Esok dia akan naik ke atas pentas untuk menerima skrol Ijazah dengan kepujian dalam bidang Teknologi Makanan. Bangga melihatkan ada juga beberapa produk yang dia hasilkan bersama kumpulannya dipaparkan di televisyen dan suratkhabar. 

Dulu masa Dell mengambil skrol Ijazah buat kali pertama... dia masih lagi sekolah menengah. Cepat benar masa berlalu, sekarang ni pun dia sudah bekerja dengan syarikat Jepun. Dell berharap sepupu Dell ni melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi dan berjaya dalam hidupnya. :)
Alhamdulillah, berjaya juga Dell membantu mendapatkan peserta tambahan dalam 20 orang untuk membantu AJK lain dalam menganjurkan bengkel SPSS ini. Almaklumlah, 40% markah kami untuk kursus ini ialah penganjuran bengkel ini. Nasib baik, salah seorang sahabat Dell di pejabat membantu mengedarkan emel Dell di halaman siswazah fakulti. Lepas ni, Dell hendak siapkan buku program pula. Harap-harap hari Isnin ni siap dicetak, insya-Allah.

Diam tak diam, dah sebulan Dell memasuki kuliah. Terasa masa berlalu sangat pantas dan kami semua perlu bersedia untuk perbentangan dan penghantaran tugasan besar. Getaran sudah terasa.
Pada 11 April 2011, ada satu wawancara khas bersama Seniman Negara, Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin di FBMK, UPM. Dell berpeluang mengikuti press conference di Bilik Anjung Bestari.
Banyak maklumat yang Dell dapati melalui jawapan yang diberikan oleh Tan Sri setelah ditemuramah oleh para wartawan dan pelajar-pelajar komunikasi. Tan Sri benar-benar berjiwa patriotik. Banyak kali beliau menekankan betapa pentingnya ilmu sejarah dan perjuangan. 
Selepas press conference tamat, Dell tidak melepaskan peluang ingin menyimpan autograph beliau.
Panjangkan tandatangan beliau!

Selepas majlis selesai, Dell ingatkan hendak masuk ke pejabat semula tetapi urusetia yang menganjurkan wawancara ini meminta Dell serta beberapa orang staf mewakili FBMK untuk menemani Tan Sri makan tengah hari. 'Pucuk di cita ulam mendatang' namanya tu. Hehehe...
Sebelum Tan Sri pulang, Dell minta kebenaran hendak mengambil gambar bersama beliau. "Boleh... ini anak saya ni!" katanya kepada para wartawan. Tak pasal-pasal wartawan pun mengambil gambar diriku dengan beliau. Asalnya, Dell minta kawan ambilkan gambar melalui kamera hp Dell je.

Itulah kenangan Dell bersama aktor yang terkenal zaman dulu-dulu... ;)

Selepas menghadiri Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV di FINAS, Dell mengikut Husna dan kawan-kawannya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Kami pergi ke sana selepas waktu pejabat. Suasana agak lengang sedikit, mungkin kerana hari sudah petang... tambahan pula hari bekerja. Jadi, Dell menggunakan peluang ini untuk mencari buku-buku yang dikehendaki sesuai dengan bidang penyelidikan yang Dell hendak lakukan.

Sedang Dell dok mencari buku... tiba-tiba ternampak pula Datuk A. Samad Said sedang melancarkan buku beliau di suatu sudut terbitan PTS. Jadi, ketika beliau sedang membaca sedikit isi kandungan buku tersebut... dapatlah Dell bergambar dengan beliau.

Bersama Datuk A. Samad Said

Kami terserempak juga dengan budak genius matematik, Adi Putra di sana tetapi kami malas nak bergambar dengannya memandangkan hari sudah malam dan kami semua keletihan dan kelaparan, dalam minda cuma hendak pulang segera.

Kami semua tidak sempat hendak melewati kesemua booth yang ada. Tapi, Dell agak gembira kerana sekurang-kurangnya Dell jumpa sebuah buku yang benar-benar memenuhi citarasa Dell. Ilmu di dalam buku itu benar-benar akan membantu penyelidikan Dell nanti. Walaupun buku itu adalah terbitan lama pada tahun 2007, dengan warna muka suratnya yang lusuh dan kulit bukunya ada kerosakan sedikit... Dell tidak kisah. Yang penting adalah ilmu di dalamnya dan alhamdulillah pengedarnya telah menelefon Dell malam itu dan bersetuju memberi diskaun lagi sebanyak 50% memandangkan Dell seorang sahaja yang berminat hendak membeli buku tersebut. Dari RM84 dikurangkan lagi harganya ke RM42... syukur...

Hari Ahad depannya pula, Dell ke sana lagi untuk mengambil buku tersebut dan mencari buku-buku yang lain pula.

Jauh perjalanan kami pada hari itu... dari pagi sehingga petang di FINAS selepas tu ke PWTC pula dari UPM selepas waktu bekerja.

Apa-apa pun, kami semua sangat gembira kerana dapat membeli buku-buku yang diidamkan masing-masing.

Dell terasa bertuah kerana dipelawa oleh Dr. Fazilah Husin untuk mengikuti bengkel sebegini ketika bekerja di FBMK dulu. Dell membantu Dr. F memastikan pelajar-pelajar komunikasi (penyiaran) yang terlibat semuanya berkumpul di hadapan fakulti selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi. Ikut perancangan, kami perlu perlu bertolak dari fakulti ke FINAS selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi untuk mengelakkan lewat sampai ke destinasi. 

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami bertolak agak lambat pagi itu... kira-kira dalam pukul 8.20 pagi dengan menaiki kenderaan fakulti. Dalam pukul 9.15 pagi, kami sampai di FINAS.

Inilah ia bengkel yang kami semua ikuti... Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV anjuran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Kami semua agak teruja mengikuti bengkel ini kerana bukan senang hendak mendapat peluang ini, tambahan pula kami semua dipelawa oleh FDAM mewakili UPM untuk ke bengkel ini.

Ada tiga orang pengarah filem yang terkenal memberi ceramah dalam bengkel ini iaitu En. Othman Hafsham, En. Aziz M. Osman dan En. Ahmad Ibrahim (Presiden FDAM).

Banyak yang kami pelajari daripada pengalaman pengarah-pengarah filem nie. Tapi kebanyakan isu yang diutarakan oleh En. Othman Hafsham, Dell dapat kaitkan dengan pengalaman Dell ketika berada di set pengambaran Drama 'Iftitah' dulu. Ini memudahkan Dell memahami apa yang dikatakan oleh beliau.

Memandangkan ada ramai peserta bengkel adalah warga asing semua ceramah disampaikan di dalam bahasa Inggeris. Di antara ketiga-tiga penceramah, Dell lebih tertarik dengan perkongsian maklumat dari En. Othman Hafsham walaupun kelakar tetapi berisi.

Antara tips-tips beliau untuk berjaya ialah disiplin, komitmen dan tepati masa, yang paling penting mesti rasa gembira dengan kerja yang kita buat supaya kita ada rasa ghairah dan semangat untuk meneruskan kerja itu.

Akhirnya, berjaya juga Dell mendapatkan sijil sebegini dalam hidup... huhuhu...

Berpeluang bergambar dengan pengarah-pengarah terkenal tersebut ketika berkongsi ilmu... dari kiri; En. Ahmad Ibrahim dikenali juga sebagai Mat London (Presiden FDAM), En. Aziz M. Osman dan En. Othman Hafsham.


**********

Ketika makan tengahari, kami berpeluang makan di cafe FINAS... cantik sungguh hiasan di dalamnya! Dell dan beberapa staf UPM tak join makan dengan mereka semua kerana tak sanggup beratur panjang, lagipun nak kejar masa. Antara hiasan-hiasan yang terdapat di cafe FINAS boleh dilihat dalam gambar-gambar di bawah.

Dalam pukul 3.30 petang, bengkel tersebut pun berakhir. Dell sangat gembira dengan perkongsian ilmu tersebut. Apa-apa pun, yang penting kita 'enjoy!'