Selepas menghadiri majlis ilmu di PWTC bersama Dr. Zakir Naik, Dell singgah di restoren sahabat Dell, Restoren Bismillah di Seri Serdang (area belakang Masjid UPM). Dell teringin hendak mencuba Burger Bakar Banjir yang dikatakan sedap oleh ramai pelanggan di situ, terutamanya selepas melihat gambar-gambar burger yang diambil oleh Abg Ben Ashaari. Tergugat iman, gitu... :)
Moto : Alang-alang makan Biar Puas!
Bila bungkusan dibuka... tu diaaa... memang betul-betul banjir!
Burgernya memang besar dan tebal. Dagingnya lembut dan kombinasi sosnya ada rasa pedas, manis, masam... memang terasa sangat juicy! Daging yang dibakar tidak terasa terlalu kering dan memang masak sepenuhnya. Harga burger Dell ni RM8 sahaja.
Serius memang burger bakar ni yang Dell rasa sedap setakat ini berbanding burger daging bakar yang Dell pernah cuba di tempat lain. Jangan tidak percaya, dalam masa setengah jam Dell berjaya menghabiskan burger ini dengan licin! Tanpa ada sos pun tertinggal!
Kedai Burger Daging Bakar Banjir dibuka pada pukul 6.00 lebih petang sehingga pukul 12.00 malam di depan Restoren Bismillah Seri Serdang.
Apalagi, mehlah cuba makan di sini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan