Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kemalasan Melanda



By  Kakdell     Rabu, Oktober 10, 2012    Labels: 
Hari ni terasa macam malas je. Tak keluar dari rumah langsung. Konon hendak buat tugasan, tapi terasa malas pula. Tiada mood. Akhirnya, hanya membelek-belek bacaan apa yang ada di depan mata.

Tak boleh jadi... rugi masa. Dalam malas-malas ni, masih rajin juga la hendak memasak. Masak sebab lapar tetapi malas hendak keluar rumah untuk ke kedai. Masak apa? Masak Macaroni Goreng Lada Hitam. Mujur jadi. Hehehe... Disebalik kemalasan Dell ini, kadang-kadang Dell suka buka resepi di blog-blog yang terpilih seperti blog Salam Dua Benua dan Blog Dapur Tanpa Sempadan. Cari menu yang senang dimasak dan sedap di makan. Maklumlah, mood untuk berhibernasi dah bermula, begitulah rupanya.

Jadi, dari Dell tak berbuat apa-apa... baik Dell menulis blog dan berkongsi cerita. Sekurang-kurangnya, berfungsi juga minda ini dari asyik tonton TV dan tidur sahaja.

Nota : Sekarang nie,
  1. Dell sudah menjadi tukang taster makanan oleh kawan-kawan yang suka 'Jalan-jalan Cari Makan'. ;)
  2. Suka buka saluran 703 atau saluran 707 untuk menonton rancangan masakan. Woha!


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan