Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bersama Dr. Zakir Naik



By  Kakdell     Selasa, Oktober 09, 2012    Labels:, 
Alhamdulillah... hari Ahad lepas, Dell berpeluang mengikuti majlis ilmu bersama Dr. Zakir Naik di PWTC setelah diajak oleh salah seorang sahabat Dell, Iftiqar. Dell rasa bertuah kerana sahabat Dell daftarkan tiket untuk Dell dan uruskan lain-lain hal berkenaan majlis ini. Di sana, Dell berpeluang berjumpa salah seorang sahabat lama, Sharifah.
Bersama Sharifah dan Iftiqar

Lihatlah betapa ramainya peserta yang ingin mendengar ceramah Dr. Zakir Naik ni. Pelbagai bangsa dan agama dari serata dunia datang ke majlis ilmu ini. Ini menunjukkan betapa hebatnya aura Dr. Zakir Naik ini. Keadaan ini menyebabkan Dell juga tidak sabar untuk merasai sendiri aura Dr. Zakir Naik memandangkan ini merupakan kali pertama Dell mengikuti ceramah beliau secara langsung.
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan tetamu terhormat Dr. Zakir Naik dan beliau diminta menyampaikan keynote di dalam majlis ini.
Ketika mula-mula Dr. Zakir Naik hendak memulakan ceramahnya yang betajuk Islam's view on Terrorism and Jihad, ada satu kumpulan dari satu sudut dewan bertempik "Allah hu Akbar!" sebanyak 3 kali. Waktu itu, terasa ada satu semangat yang tinggi untuk memperjuangkan Islam. Dell cukup kagum melihat cara beliau mengupas sesuatu isu walaupun hanya mengupaskan sepatah perkataan. Daya ingatan beliau yang sangat tinggi dengan hafalan kitab Quran, Bible, Taurat dan kitab-kitab agama lain secara terperinci beserta nombor dan bilangan petikan serta halaman petikan benar-benar menunjukkan betapa besarnya keagungan Allah hendak berikan kepada seorang khalifah Islam untuk berdakwah.

Dell bersyukur kerana Allah permudahkan Dell memahami setiap kupasan beliau dalam perbandingan ilmu Islam dengan agama-agama lain walaupun ceramah disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Ingat lagi kata-kata beliau, "Untuk memahami ajaran agama Islam, kita perlu mengkaji Quran dan hadis bukan lihat orang Islamnya begitulah sebaliknya untuk agama lain dengan kitab masing-masing."

Selepas beliau menyampaikan ceramah, majlis dibuka untuk soal sesi jawab di mana keutamaan diberikan kepada orang bukan Islam untuk soal apa sahaja isu berkaitan Islam mahupun agama mereka sendiri. Waktu inilah, keadaan ada sedikit panas dengan soalan-soalan yang agak sensitif diutarakan malah ada juga soalan yang diutarakan adalah sengaja untuk mengelirukan orang Islam itu sendiri. Tetapi atas kebijaksanaan beliau menjawab segala soalan membuatkan semua orang terpegun. Paling yang Dell rasa tersentuh (menitik air mata sedikit), ada salah seorang peserta bukan Islam telah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah beliau menjawab kemusyikilan orang itu mengenai agama hindu yang dianutinya selama ini.

Sebelum pulang, Dell sempat membeli dua buah buku beliau iaitu 'Soalan Paling Lazim tentang ISLAM' dan 'Qur'an and Modern Science Compatible or Incompatible?'.

Insya-Allah, Dell akan mengikuti kursus yang akan dianjurkan oleh Islamic Information & Services Foundation (boleh dihubungi di talian 03-42604160) pada tahun 2013. Yuran untuk pelajar murah sedikit berbanding peserta awam. Kursus yang bakal dianjurkan ialah Friendly Comparative Religion (FCR) yang akan dibentangkan oleh Shah Kirit Kakulal Govindji dan YM Engku Ahmad Fauzi Engku Mukhsin. Topik yang akan dibicarakan untuk Fasa 1 ialah :
  1. Is Dakwah Compulsory?
  2. History of Christianity
  3. Basic belief of Christianity
  4. Chinese Beliefs
  5. Hinduisme
  6. Bible Study
  7. Misconceptions about Islam
  8. Understanding Reverts
  9. Personal Experiences with Priests & Churches
  10. Quran & Modern Science
::Selepas ini, Dell akan mengikuti ceramah-ceramah beliau melalui sumber lain pula.Terima kasih kepada Iqa yang memperkenalkan Dr. Zakir Naik ini. Alhamdulillah...::



Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan