Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Tasbih Kaabah



By  Kakdell     Jumaat, Oktober 26, 2012    Labels: 

Sementara menunggu azan Maghrib, Dell teringat tentang Kaabah. Panggilan Kaabah sentiasa berlegar-legar dalam kenangan Dell. Dell belum lagi melangkah kaki di sana tetapi panggilan-panggilan itu sentiasa terngiang-ngiang di dalam ingatan.

Dell masih ingat ketika sekolah menengah dulu, Dell pernah bermimpi mencium Hajar Aswad. Kelihatan sungguh jelas batu didalamnya dan masih tercium-cium bau wangi Hajar Aswad itu ketika terjaga dari tidur. Waktu itu, Dell masih ingat ada beberapa orang Arab memakai ihram berada di sekitar itu dan memberi laluan kepada Dell untuk mencium Hajar Aswad itu. 

Kita tutup tentang cerita mimpi itu... kita cerita di alam yang nyata pula. Hehehe...

Catatan A : Pada tahun lepas, ketika masih di bulan Zulhijjah... Dell menerima sebuah emel daripada seorang rakan sekerja memberi nombor telefon bimbit salah seorang rakan kami yang mengerjakan haji di tanah suci Mekah. Katanya, sesiapa yang berhajat boleh menghubungi beliau dengan nombor yang tertera. Ketika itu, Dell tergerak hati untuk meminta beliau mendoakan kesejahteraan Dell di sini. Alhamdulillah, mesej yang Dell hantar dibalas selang beberapa minit kemudian. Setelah beliau pulang ke Malaysia, kami berjumpa di pejabat. Beliau menceritakan pengalamannya di sana dan memberitahu bahawa dia menerima sms Dell ketika beliau baru sahaja selesai solat subuh di depan Kaabah. Jadi, beliau panjangkan doa Dell di depan Kaabah. Alhamdulillah...

Catatan B : Tanpa diketahui, rupa-rupanya abah angkat Dell akan mengerjakan umrah pada bulan Februari pada tahun ini. Sehinggalah beberapa hari sebelum beliau berangkat ke tanah suci Mekah, beliau bertanyakan jika ada apa-apa hajat yang ingin diperpanjangkan ketika beliau di sana. Dell pun memberitahu hajat Dell. Katanya, beliau akan sampaikan hajat Dell di Raudhah kerana khabarnya di situ merupakan salah satu tempat berdoa yang makbul. Terharu Dell mendengarnya. Alhamdulillah, ada doa-doa daripadanya termakbul... Dell dapat merasainya.

Catatan C : Pada suatu pagi tahun ini, Dell terbayang akan beribadat di depan Kaabah. Tiba-tiba, Dell mendapat panggilan dari salah seorang pensyarah yang secara kebetulan sedang cuti sebatikal di Mekah. Beliau mengatakan tiba-tiba teringat akan penyelidikan dan terus menelefon Dell. Setelah bertanya tentang penyelidikan, beliau mengatakan bahawa beliau berada di depan Kaabah sambil-sambil berzikir menunggu untuk mengerjakan solat sunat. Terus dia panjangkan doa Dell di depan Kaabah tanpa Dell beritahu apa hajat di hati. Dalam hati Dell, macam tahu-tahu je apa yang terpendam di hati Dell. Alhamdulillah...

Catatan D :  Ketika ada niat di hati Dell untuk mengamalkan Selawat At-Tafrijiyyah dan Selawat Fatih... tiba-tiba datang seseorang ke pejabat Dell dan memberi Dell satu bungkusan kecil berwarna biru laut. Katanya ada seorang pensyarah yang baru balik dari mengerjakan umrah menghadiahkannya kepada Dell. Setelah pelajar itu beredar, Dell pun membuka bungkusan tersebut. Alangkah terkejutnya Dell melihat satu tasbih panjang batu permata berwarna kebiru-biruan laut dan bercahaya didalamnya. Rasa sungguh terharu dan hampir hendak menitikkan air mata ketika memegangnya. Alhamdulillah... 

Teringat kata-kata abah angkatku beberapa minggu yang lalu sebelum beliau berangkat ke Mekah, beliau menasihatkan supaya Dell daftar untuk menunaikan haji dengan segera kerana giliran untuk menunaikan haji pada masa akan datang akan mengambil masa puluhan tahun. Alhamdulillah, akhirnya Dell berjaya mendaftar haji pada tahun ini (Seruan Haji). Moga-moga dipermudahkan. Amin... :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan