Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Alahai setem...



By  Kakdell     Khamis, Oktober 04, 2012    Labels: 
Sejak petang semalam, tekak sudah rasa lain macam. Apabila tiba malam je, selsema pula menjelma. Pekena pil selsema sebiji, pagi tadi elok sedikit. Ini mesti kes aku berjangkit dengan virus-virus yang tak berlesen ketika berada di Pusat Kesihatan, UPM pagi semalam untuk buat medical check-up. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan tidak perlu menunggu lama.

Selepas itu, aku berjumpa dengan salah seorang profesor di fakulti untuk menjadi saksi. Mujur dia berada di fakulti. Patutlah beberapa hari ini, teringat pada dia... rupa-rupanya, dia ada bertanyakan khabarku melalui seorang sahabatku di sana. Terasa terharu kerana dia mengajak ku menulis jurnal bersama-sama dan sudi meminjamkan buku-buku untuk kajianku nanti termasuk menggunakan biliknya untuk mentelaah ilmu. Kata-kata semangat dan doanya yang tidak putus membuatku terasa bersemangat untuk menghabiskan pengajianku dengan segera.

Hari ini pula, aku ke pejabat sekejap untuk membantu ex-bos ku mengenai data-data penyelidikan dan penerbitan fakulti. Khabarnya, permohonan untuk penggantiku tidak diluluskan. Selepas itu, aku bergegas ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Bangi. Kali terakhir aku pernah ke LHDN, ketika aku menjadi Pembantu Penyelidik (RA) di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM pada tahun 2005. Waktu itu, aku membantu salah seorang pelajar Iran di bawah seliaan bos ku. 

Hendak dijadikan cerita, aku sampai di LHDN agak lewat dalam pukul 4.15 petang. Rupa-rupanya kena beli setem Lembaga Hasil di pejabat pos dulu. Mujur pejabat pos cuma selang setingkat di bawah. Hati semakin berdebar kerana nombor giliranku agak lama. Pukul 4.40 petang baru aku dapat membeli setem.

Dalam keadaan yang agak kelam-kabut aku berlari-lari anak ke LHDN semula. Hati semakin gusar kerana ramai rupa-rupanya pelajar yang hendak matikan setem untuk dokumen biasiswa. Mujur abang yang jaga kaunter tolong aku tampalkan setem di atas dokumen sementara aku mengisi borang di kaunter lagi satu.

Alhamdulillah, semuanya selesai 10 minit sebelum waktu pejabat tutup. Tarik nafas kelegaan. Aku sangat berterima kasih kepada pakcik dan abang di kaunter kerana memberi layanan yang sangat baik dan bersabar dengan kerenah pelanggan terutamanya aku yang kelihatan agak panik dalam mengejar masa. Aku puji mereka berdua tu. Tak lupa juga kepada dua lagi pegawai yang mengisi data dan mengecap borang aku di kaunter yang berbeza. Kiranya aku puji sikap layanan pegawai-pegawai di LHDN itu.

Mood : Masih bersok sek sok sek dengan bendalir di dalam hidungku ini, huh... >.<"

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan