Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

~Lebih elok keseorangan daripada...~



By  Kakdell     Khamis, Oktober 04, 2012    Labels: 
~Lebih elok kelihatan seperti keseorangan daripada dikelilingi orang-orang yang salah~

Kadang-kala Dell malas hendak melayan mereka yang berfikiran JUMUD dan PREJUDIS apabila melihat kita seolah-olah keseorangan di sesuatu tempat. Bukan bermakna kita tidak mempunyai sahabat, tetapi itu mungkin salah satu sifat semulajadinya yang suka bersendirian. Macam Dell, Dell memang tidak suka diganggu pada masa-masa tertentu. Habis kerja, barulah Dell keluar untuk bersuka-ria. Perangai Dell di pejabat, Dell memang tidak suka lepak kat mana-mana tempat tanpa tujuan atau kerja. Selalunya, jika kerja Dell dah siap... otak Dell sentiasa merancang dan berfikir untuk PhD dan merancang masa depan sendiri. Disebabkan itulah, Dell tiada masa untuk mengambil tahu hal-hal orang lain atau memikirkan hal-hal mereka. Buat apa BUANG MASA, betul tak? TIADA FAEDAH pun! Baik fikir bagaimana hendak SENANGKAN DIRI SENDIRI atau bagaimana hendak menjadi KAYA! :)

Ikutkan MALAS Dell hendak berbalah dan berdebat untuk mempertahankan diri sendiri. Berlawan cakap dengan orang yang berfikiran JUMUD dan PREJUDIS ini, buang masa. Bayangkan kita berbalah dan berdebat dengan mereka ini selama satu jam, sedangkan selama satu jam tu cuba kita buat PROPOSAL, KERTAS KERJA, JURNAL atau perkara-perkara lain yang BERMANFAAT... kita yang UNTUNG! Mereka juga yang masih ditakuk lama. 

Nota : 
  1. Dalam Islam sudah tertulis, jangan berkata-kata dengan perkara yang sia-sia. Lebih baik DIAM jika itu yang terbaik.
  2. Apabila orang menghina, mengata, memfitnah, perli dan sebagainya kepada kita, ucapkanlah ALHAMDULILLAH kerana mereka memberi kita pahala percuma, secara tidak langsung rezeki dia... kita yang ambil. Kan KAYA tu!
  3. Untuk berjaya, kita perlu mempunyai kemahuan untuk mencapai sesuatu yang HEBAT. Bukan kemahuan untuk menewaskan atau mengalahkan orang ~IRFAN KHAIRI~

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan