Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Malam Puisi Riong 2010



By  Kakdell     Khamis, Oktober 11, 2012    Labels: 

Pada 2 November 2010 (Selasa), Dell telah menghadiri Majlis Malam Puisi Riong yang bertemakan 'Puisi Merentas Ruang'. Majlis ini dianjurkan oleh fakulti Dell iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM bersama Berita Harian dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sebenarnya, ini merupakan kali pertama Dell datang ke majlis sebegini. Maksud Dell, majlis sepenuhnya puisi.


Kebetulan malam tu Dell tiada apa-apa plan... Jadi, Dell pun datang ke majlis ni. Teringin juga hendak tahu bagaimana rasanya suasana majlis sebegini. Kedatangan beberapa orang sasterawan dan seniman membuatkan Putri tertarik untuk datang!

Majlis ini dirasmikan pembukaannya oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) iaitu Prof. Dr. Tai Shzee Yew. Jangan terkejut ya, beliau pun turut berpuisi!
Dato' Kemala dengan Puisi 'Malaysia 2010'

Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob (mantan VC UM) 
Puisi beliau yang mengisahkan kehidupan beliau sejak lahir ke dunia sehinggalah kini menarik perhatian Dell. Olahan puisinya yang mudah tetapi masih tidak meninggalkan kata-kata yang puitis memang best! Puisi ini untuk ingatan kepada anak-anak tentang kasih ibu dan bapa dan kasih kepada isteri.

Iedet merupakan kumpulan yang selalu menyanyikan lagu puisi.

Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin menyampaikan 'Nazam Kasih Ayah Ibu' dengan alunan muzik dari Iedet. Beliau merupakan Pengerusi untuk anjuran majlis ini.

Wakil dari DBP
Baru nak menghayati puisi beliau, dah tamat. Hehehe... Sungguh kreatif sebab barisan puisi beliau hanya sebaris, ringkas pula tu! (Dalam tak sampai seminit rasanya).

Rogayah A. Hamid 
Membaca puisi dengan memasukkan elemen syair dan gurindam. Teringat pula kat Cikgu Indah yang telah mengajar Dell bagaimana nak menyanyikan lagu syair ketika di darjah 3. hukhukhuk...

Rahman Shaari, puisinya menggentarkan jiwa! Menyentuh isu semasa.

Cicik, selalu menyanyikan lagu puisi, suara dia memang sedap!

Wakil dari NST, Datuk Mior Kamarul Shahid turut mendeklamasikan sajak tulisan sendiri

Sabri Yunus
Dell memang menunggu dia ni mendeklamasikan puisi. Memang best dan kelakar! Malam tu, dia sembahkan dua puisi... dua-dua best! Nukilan dia sendiri. Kami semua tak berhenti-henti ketawa. Puisi dia yang pertama 'Sekali sekala' (Perbezaan duduk di kampung dan di bandar!) dan yang kedua 'Mat Nor @ Noni' (Pasal kawan jadi nyah, hahaha!).

~Sempat bergambar dengan dia seorang je sebab hari dah jauh malam~

Abdul Halim Yazid mempersembahkan dikir barat sebagai penutup majlis pada malam tu. ~Beliaulah pencipta lagu 'Anak Tupai' yang popular tu!~


Majlis tamat pukul 10.30 malam. Mata pun dah mengantuk... maka Dell pun chaw chin chaw.

Nota : Maaf kualiti gambar kureenng sikit sebab pakai kamera hp plus gambar di ambil dari tempat duduk yang statik! Hukhukhuk... ada sesiapa hendak sponsor kamera DSLR? ;)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan