Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Penulis Sasterawang



By  Kakdell     Selasa, Oktober 02, 2012    Labels:, 

Ketika Dell menulis entri ni, Dell sedang menonton filem 'Confessions of a Shopaholic'. Seorang perempuan yang terlalu suka berbelanja (shopaholic) dan tetap berbelanja walaupun dia tahu hutang-hutang yang ada sudah melebihi limit yang dia mampu bayar.

'Si Gadis Berscaft Hijau'


Itulah nama pena si gadis itu setelah seorang editor majalah ekonomi terbaca artikel yang ditulis olehnya dan berminat dengan cara penulisannya mengenai ekonomi yang diolah dalam pemikiran fesyen.

Sebenarnya, si gadis tersebut telah tersilap hantar artikel yang sepatutnya dihantar ke editor majalah fesyen tertukar masuk ke editor majalah ekonomi.

Tiadanya pekerjaan untuk membayar hutang-hutang yang ada, si gadis tersebut bersetuju untuk bekerja di jabatan majalah ekonomi sedangkan dia langsung tiada ilmu mengenai ekonomi.

Apa yang ditulis olehnya adalah pengalamannya menanggung hutang kad kredit. Tetapi minatnya yang mendalam terhadap shopping dan fesyen, dia masukkan elemen-elemen itu di dalam penulisannya.

Secara tidak tersengaja, artikel tersebut telah menarik ramai pembaca mengikuti artikelnya dan mendapat feedback yang sangat memberangsangkan sehingga penjualan majalah ekonomi syarikatnya telah meningkat dengan pesat!

**********

Untuk menjadi penulis, kita tidak semestinya ada bakat menulis, baru hendak menulis. Menulis ni, boleh diasah sebenarnya.

Begitulah kata seorang Editor Kanan Sastera DBP, Dell panggil sebagai Ummi Ina yang mengatakan kadangkala seseorang itu menjadi seorang penulis apabila ada sesuatu yang diingininya walaupun tak pernah mempelajari ilmu penulisan sebelum itu.

Contohnya sekiranya kita memerlukan duit, kita menjadi penulis. Kerana inginkan nama, kita menjadi penulis. Kerana hendak meluahkan sesuatu yang terpendam, kita akan jadi penulis.

Percayalah, rata-ratanya ramai yang menjadi penulis kerana inginkan wang!

Betul tak?

Tetapi bukan semudah yang disangka, untuk menjadi penulis... antara sifat yang perlu ada dalam individu itu ialah tidak boleh putus asa untuk menulis, kena rajin membaca dan sentiasa mempelajari teknik-teknik penulisan yang ada supaya penulisan kita dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca.

Jadi, apa lagi... ayuh, kita enjoy untuk menulis!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan