Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Termalu di kaunter



By  Kakdell     Isnin, Oktober 01, 2012    Labels: 
Hari ini, kali pertama Dell hendak buka akaun baru di Bank Islam. Setelah isi borang dan ambil nombor giliran, Dell pun dengan confident menunggu giliran dipanggil. 

"Minta IC ye, dik," kata pegawai di kaunter.

Setelah Dell hulurkan IC, terasa macam ada kekurangan sesuatu... tapi apa ek?

"RM120 untuk buka akaun ya, dik."

"Alamak, kak. Saya betul-betul terlupa tentang duit bayaran untuk buka akaun baru," tersengih-sengih Dell di kaunter macam kerang busuk.

"Nak buka akaun memang kena bayar dulu,dik. Ianya sebagai syarat."

"Hmm... macam mana ek, kak? Saya betul-betul tak tahu berapa amaun yang diperlukan untuk buka akaun di sini. Kalau akak hendak sekarang, memang duit saya tak cukup."

"Hmm... sekarang dalam tangan ada berapa ringgit? RM50, ada?"

"Kalau RM50, ada. Maaf ek kak."

"Ok, takpe. Bagi je duit RM50 tu tapi kena tukar nombor akaun lain. Kejap ek."

Setelah dia pulangkan baki RM30, dia minta Dell duduk dulu untuk dipanggil dari kaunter untuk mengambil kad bank.

Mujur semuanya selesai, walaupun ada masalah sikit tadi. Pegawai tu pun lembut je dan mudah diajak berunding. Bukan apa, takut Dell kena datang ke bank tu lain kali semata-mata sebab tak bawa duit pendahuluan tu. Kalau dekat dengan rumah, tak mengapalah juga. Punyalah kalut sebab banyak sangat dokumen lain Dell nak kena isi untuk perkara lain.

***Esok kena uruskan perkara yang lain pula... >.<"

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan