Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Tak sayang ke...?



By  Kakdell     Selasa, Oktober 02, 2012    Labels:, 
"Awak tak rasa sayang ke berhenti kerja tu?"

"Sayang juga, sebab memang minat buat kerja tu..."

"Habis tu, mengapa berhenti juga?"

"Sebab dapat biasiswa."

"Dapat biasiswa tak boleh kerja ke?"

"Tak boleh sebab dah bagi elaun bulanan oleh penaja."

"Cukup ke elaun tu?"

"Cukup sebab amaunnya sama dengan gaji sebelum ini tapi tak boleh kerja. Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh penaja, tambahan dapat juga elaun untuk tesis dan jurnal."

"Oh gitu... patutlah awak berhenti."

**********

Itulah persoalan yang diterima dan jawapan yang Dell jawab setiap kali bertembung dengan sesiapa. Dah sebulan lebih dah bersoal jawab begini. Naik segan dah nak lepak kawasan fakulti. Tambahan pengganti Dell masih belum diisi. ***Esok kena datang sekejap untuk bantu ex-bos.

Dell berpegang pada salah satu prinsip iaitu :
Dalam kehidupan kita ni, kita tidak akan lari dari mengambil KEPUTUSAN BESAR dalam hidup. Kadang-kala, kita tak jangka sesuatu akan berlaku atau perubahan yang berlaku dalam hidup kita pada masa akan datang. Kita kena BERANI GAGAL barulah boleh berjaya!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan