Sedar tak sedar, kita menghampiri seruan haji setelah berakhirnya bulan Syawal. Sudah ada saudara-mara Dell yang mendapat penggilan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Alhamdulillah, dapat mereka menunaikan rukun haji yang kelima.
Dell baru je mendaftar haji pada 8 Mei 2012 lepas. Itupun, setelah bapa angkat Dell sentiasa ingatkan Dell tentang ini. Dia pesan, jangan lambat-lambat daftar haji... nanti lambat gilirannya. Benar seperti dikata. Jika diikutkan dalam slip, nombor giliran Dell ialah pada tahun 2049. Aduhai, dah berketar kepala lutut Dell pada waktu itu. Almaklumlah, umur 67 tahun! Tapi, tidak mengapa. Mana tahu dapat rezeki awal nanti. Bila duit dah cukup, boleh mohon rayuan. Dell target hendak menunaikan haji dalam lingkungan umur 45 tahun ke bawah, insya-Allah.
Apabila bercerita bab haji, Dell teringat tentang buku pertama yang Dell menjadi editor. Dell diberi peluang untuk mengedit sebuah buku motivasi Islam terbitan KarnaDya pada tahun 2009.
Inilah bukunya.
Terasa sangat gembira waktu itu melihat nama tertera sebagai editor. Tercapai salah satu impian ketika sekolah dulu iaitu hendak menjadi editor.
Emel pengesahan Dell menjadi editor untuk buku ini.
Banyak ilmu yang Dell belajar ketika menyunting kandungan di dalam buku ini. Ilmu yang disampaikan bukan sahaja untuk mereka yang hendak mengerjakan haji tetapi mencakupi seluruh ruang kehidupan kita. Buku ini lebih kepada bentuk penceritaan penulisnya. Buku ini hanya berharga RM15 sebuah.
Didoakan semoga ramai yang mendapat haji mabrur pada tahun ini, insya-Allah. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan