Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Hachiko



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 

Dell ingat lagi ketika kali pertama Papa Hero memperkenalkan sebuah filem bertajuk 'Hachiko' mengenai kesetiaan yang ditunjukkan oleh seekor anjing kepada tuannya. Puas Dell mencari cerita itu di setiap kedai DVD selepas membaca sinopsis filem ini di Wikipedia, tambahan ianya merupakan sebuah kisah benar.

Alhamdulillah, akhirnya Dell terjumpa DVD cerita ini di kampung. Ada tujuh filem di dalam satu DVD. Semuanya berkenaan dengan anjing!

Antaranya 1. Marley & Me, 2. Hachiko, 3. Beverly Hills Chihuahua, 4. Hotel for Dogs, 5. 101 Dalmatians, 6. 102 Dalmatians dan 7. Underdog.

Dell terus menonton cerita Hachiko ini selepas beli. Perjalanan ceritanya agak slow tetapi ceritanya memang menyayat hati. Nak meleleh air mata sebenarnya tapi Dell tahankan sahaja.

Hachi dalam filem nie memang seekor anjing yang sangat comel! Terasa macam nak bela je.

Apabila melihat Hachi yang setia menunggu tuannya pulang dari kerja di stesyen keretapi tepat pukul 5 petang setiap hari membuatkan kita rasa gembira sangat-sangat! Tetapi apabila si Hachi tetap menunggu tuannya di situ walaupun tuannya telah meninggal dunia... memang sedih. Dan kita akan rasa bertambah terharu yang Hachi ni tetap menunggu tuannya di situ setiap hari SELAMA 9 TAHUN!

Ini yang membuatkan Dell teringat yang Kimmy (my little cat) mesti tunggu Dell di depan pintu rumah menyambut Dell pulang dari kerja. Sob... sob... sob...

Adakah Kimmy akan setia tunggu kepulangan Dell dari tempat kerja di depan pintu rumah selama hayatnya?

Inilah gambar Hachi yang sebenar... kisahnya menjadi moral di Jepun atas kesetiaannya terhadap tuannya.

Jika hendak tahu kisahnya, sila klik di Hachiko.

P/S : Sekurang-kurangnya, tuannya dapat merasa bermain baling dan tangkap bola dengan Hachi buat  kali pertamadan terakhir sebelum dia pergi untuk selama-lamanya... itulah hajat dia sejak Hachi kecil...

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan