Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Siapa Toby???



By  Kakdell     Sabtu, September 15, 2012    Labels: 
::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 13 Jun 2010::


Tanpa disedari oleh Alvin dan Simon... sebenarnya mereka berdua mempunyai seorang abang angkat, tau! Warna bulu pun serupa iaitu kuning. Abang angkat mereka ni dah berumur setahun. Tinggal di Nilai, Negeri Sembilan. Auntie Mie yang jaga...

Nak tau apa namanya?


Inilah dia, Toby! a.k.a Toby Cullen


Sebenarnya, dulu Toby pun senasib seperti Si Alvin dan Simon. Tapi Auntie Mie, ambil Toby dan bela dari umur sekecil Alvin dan Simon sehingga kini.

Keadaan rumah Auntie Mie, ada beranda dan agak mudah untuk Auntie Mie jaga Toby sebab Auntie Mie tinggal seorang diri di rumah.

Jika Auntie Mie  flight (dia seorang pramugari MAS), Toby tinggal sorang-sorang di rumah umpama 'Dunia ana yang punya!' Hehehe...

Toby tiada kawan di rumah... Tapi Toby sangat lincah dan suka main walaupun seorang diri.



Macam inilah Toby kalau berada di rumah. Hanya boleh memandang dari tingkap kalau hendak tengok luar rumah. Maklumlah, rumah tingkat 6. Kadang-kadang bila difikirkan balik, dah macam seorang nenek yang keseorangan memandang ke luar jendela... huhuhu... Kesian Toby tiada kawan...


Toby ini sangat aktif dan perlakuannya di luar jangkaan!
  1. Suka gigit kaki orang.
  2. Gonggong barang mainan macam anjing. Pelik, kan?! Tapi benar!
  3. Suka kejut tuannya dari tidur ketika matahari nak terbit pada waktu pagi. (Putri pun dia penah kejut dalam pukul 6.40 pagi).
  4. Suka memandang jendela untuk melihat ke luar apartment seperti seorang nenek yang duduk keseorangan memandang ke luar tingkap mengenang orang yang jauh. Huhuhu...




Dalam perjalanan balik ke Kluang, Johor... Bagus, Toby ni... duduk dalam kereta diam-diam je... Tak payah masukkan ke dalam carry cage...


Itulah dia sedikit sebanyak cerita tentang Toby... abang angkat si Alvin dan Simon... Jumpa lagi!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan