Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Di hari Persandingan



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 

::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 21 Oktober 2011::

Setelah melihat gambar sahabatku Xuera Iffah ini, tiba2 terpacul puisi ini diminda... khas buatmu...

Di Hari Persandingan

Sungguhlah cantik puteri itu
Duduk bersimpuh tersenyum malu
Berbaju putih tampaklah ayu
Menanti putera berdebar selalu

Saat dinanti telah pun tiba
Si putera datang segak bergaya
Berbaju putih bersamping pula
Sungguhlah padan kedua-duanya

Kini debaran makin terasa
Tatkala putera bersiap sedia
Sambil tok kadi menjeling mesra
Usikan nakal pun bergema

Selesai akad doa dibaca
Ketika itu keluarlah airmata
Terasa sebak dalam gembira
Kini si puteri milik si putera
Ketika cincin tersarung di jari
Bergetar sungguh  di sanubari
Sebuah kucupan mesra di dahi
Tanda kasih tersemat di hati
Berkatalah ayahanda pada si putera
Jagalah puteri sebaik-baiknya
Kini puteri di bawah tanggungannya
Berilah ia didikan agama

Bonda berpesan pada si puteri
Janganlah engkar perintah suami
Syurga puteri dikakinya kini
Semoga hidup diberkati

Rakan dan taulan turut bersama
Meraikan hari yang bahagia
Antara puteri dengan si putera
Harap kekal hingga ke syurga

9.13 malam, 21/10/2011 - Seri kembangan...

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan