::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 2 Oktober 2010::
Hendak tahu bagaimana perangai si Kimmy ketika di dalam kereta...? Meh, Putri nak cerita...
Perjalanan ke Kluang, Johor mengambil masa dalam empat jam sehala. Almaklumlah, Putri cuma pandu kereta dalam 100 KM ke bawah sejam.
Dalam perjalanan pulang ke Kluang, Putri letak Kimmy di dalam carry cage. Tak keluar-keluar. Di pun senyap dan tidur. Kadang-kala je, die mengiaw. Mungkin dia tanya, 'Lambat lagi ke nak sampai Kluang?' Ngeh... ngeh... ngeh...
Tetapi, semasa Putri dalam perjalanan pulang ke Equine Park dari Kluang... Kimmy punyalah mengiaw kuat-kuat dan tak berhenti-henti walaupun belum sampai sejam Putri drive.
Tak tahulah mengapa dan apa yang dia nampak kerana masa tu Putri drive pada waktu malam dan dalam kereta memang gelap-gelita.
Disebabkan Putri dah tak tahan mendengar Kimmy mengiaw tak berhenti-henti... akhirnya, Putri lepaskan dia di dalam kereta.
Macam biasa, dia akan meronda-ronda ke seluruh kawasan di dalam kereta, terhidu sana, terhidu sini...
Lepas dia dah puas hati, tiba-tiba dia duduk di atas riba Putri. Masa tu, Putri masih lagi di Johor. Tengok-tengok, rupa-rupanya...
Putri dengan rilek memandu kereta dengan Kimmy lena di pangkuan Putri...
Sampai sahaja di Tol Kajang, dengan automatiknya Kimmy bangun! Macam tau-tau je, dah sampai di Selangor. Dia sibuk berdiri di carry cage sambil tengok ke luar tingkap.
Mesti dia dok berkata dalam hati, 'Dah nak sampai ni...'
Itulah Si Kimmy kalau berada di dalam kereta...
Sampai sahaja di Tol Kajang, dengan automatiknya Kimmy bangun! Macam tau-tau je, dah sampai di Selangor. Dia sibuk berdiri di carry cage sambil tengok ke luar tingkap.
Mesti dia dok berkata dalam hati, 'Dah nak sampai ni...'
Itulah Si Kimmy kalau berada di dalam kereta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan