Kalaulah malang itu berbau, tidaklah aku ke situ... huhu...
Tak pasal-pasal malam tadi (ketika hendak pulang ke rumah setelah kelas tamat), sebelah tayar kereta kancil ku tersangkut di dalam parit (dicelah penutup parit tu). Hendak tahu di mana? Di jalan masuk ke Sanggar Bahasa, FBMK, UPM.
Mujur kereta ku tidak mengalami sebarang kerosakan. Syukur kerana ada sahabat-sahabatku masih berada di sana, mereka yang membantu untuk menolak kereta comelku itu.
Mujur kereta ku tidak mengalami sebarang kerosakan. Syukur kerana ada sahabat-sahabatku masih berada di sana, mereka yang membantu untuk menolak kereta comelku itu.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama Dell menggunakan jalan masuk di situ. Petang tadi, Dell guna jalan yang sama... tiada sebarang tanda mengatakan penutup parit itu ada kerosakan sedikit.
Salah seorang sahabat yang membantu Dell tadi kata, "Kereta akak ni bukan kali pertama terkena macam ni... dah banyak kali kereta kecil macam akak yang tayarnya tersangkut di sini."
"Eh, takkan tiada aduan dibuat ke pihak pengurusan sini? Bahaya tu! Kalaulah dibuatnya motor yang tersangkut kat sini, maunya terbang orang tu."
"Entahlah kak, khabarnya sudah dibuat aduan."
"Ish, bahaya betul! Mujur korang masih ada kat sini, dapat akak minta tolong."
Apa-apa pun mujur semuanya dipermudahkan. Disebabkan terkejut, Dell sampai terlupa hendak ke rumah kawan untuk mengambil jagung yang dibeli. Kesian kawan Dell tu, siap dah masak mi hailam untuk kedatangan Dell. Dell betul-betul terlupa. Macam mana tidak terlupa... sudahlah terkejut dengan kemalangan kecil tu, tambahan pula otak Dell cuma hendak pulang ke rumah dengan segera kerana perut terasa sangat lapar.
Benarlah kata pujangga lama, malang tu tidak berbau...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan