Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Fontana Cafe



By  Kakdell     Ahad, September 16, 2012    Labels: 
Semenjak Restoren ini keluar dalam  rancangan 'Jalan-jalan Cari Makan', Dell teringin juga nak mencuba makanan di sini. Restoren ini dekat sangat dengan rumah Dell tapi tak pernah hendak cuba masuk ke dalamnya. 

Nak dijadikan cerita, sewaktu Dell dok google makanan apa yang sedap di sekitar Seri Kembangan, Dell terjumpa dengan blog Fontana Cafe. Kebetulan pula, hari tu ada promosi sempena Hari Kemerdekaan... Sirlion, Ribeye, Lamb Chop atau Chicken Chop hanya RM25 untuk 2 orang. Kalau tak, memang tak dapat harga sebegitu.

Jadi, Dell tak lepaskan peluang untuk menikmati makanan istimewa di restoren ini bersama seorang kawan. Dell order Sirlion manakala kawan pula order Lamb Chop. Rasanya memang berbaloi.

Mula-mula, Dell ingatkan restoren ini hanya menyediakan masakan Barat, rupa-rupanya ada masakan Melayu, Thai, Arab dan lain-lain. 

Setakat ni, Dell dah mencuba juga menu Nasi Goreng Kampung dan Tom Yam. Tidak mengecewakan, memang sedap dan kena dengan citarasa Dell.

Jika kamu hendak melihat menu-menu yang disediakan, bolehlah klik di sini : http://fontana-cafe.blogspot.com/2012/03/food.html

Selamat mencuba!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan