Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Nilai wang hantaran di Malaysia



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 

Kalaulah nilai wang hantaran mengikut kiraan seperti dalam gambarajah di atas, mahunya lagi lambat aku kahwin. 

Nak dijadikan cerita, baru-baru adalah seorang sahabat hendak memperkenalkan aku kepada kawannya yang sedang mencari calon menantu untuk anaknya... tetapi selepas mengetahui yang aku sedang melanjutkan PhD sekarang ni, kawannya terus membatalkan hasrat tersebut. Katanya, takut nanti wang hantaran mahal sedangkan taraf pendidikan anaknya tidak setinggi aku. Ah, sudah! Tidak ke naya?

Apa-apa pun, memang tidak dinafikan kos perbelanjaan untuk perkahwinan sekarang ini semakin meningkat, tetapi ianya tetap boleh dirunding mengikut kemampuan kedua-dua belah pihak. Yang paling penting adalah kehidupan selepas perkahwinan, iaitu persediaan dari segi tempat tinggal, pengangkutan, nafkah zahir dan batin yang mencukupi... betul tak?

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan