Kali pertama, Dell menjejakkan kaki di Dome ketika ada sahabat belanja Dell makan di Dome Lot 10. Seperti biasa, jika Dell masuk ke restoren sebegini... Dell lebih suka untuk mencuba menu spagetti atau pasta.
Menu spagetti yang Dell sangat suka di Dome ialah Spicy Olio Pasta Chicken Ham. Tidak dinafikan, spagetti ini sangat sedap dan menepati citarasa Dell... Pedas... ada rasa herba...
Minuman pilihan Dell pula ialah Iced Chocolate.
Baru dua kali Dell berpeluang ke Dome, kali pertama di Lot 10 dan kali kedua di Subang Parade. Sekarang ini, sudah ada cawangan di Alamanda, Putrajaya. Dekat sikit kalau teringin nak pergi.
Apalagi, jom! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan