::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 1 Ogos 2010::
Sekarang ini Kimmy dah semakin pandai... Pantang Putri berada di mana-mana, dia mesti ikut.
Kalau Putri sedang menaip di laptop, masa itulah dia nak tekan keyboard laptop juga. Tapi disebabkan Putri selalu alih dia semasa dia buat macam itu, dia pun dah malas agaknya hendak buat lagi. Kali ini dia suka tidur and baring di tepi laptop sambil landingkan kepala dia di tepi laptop a.k.a atas hujung keyboard! (Argh, geram betul!).
Kalau Putri sedang membaca suratkhabar, masa itulah dia hendak main apa-apa di atas suratkhabar yang Putri sedang buka. Macam manalah Putri hendak baca? Pantang diselak, mesti dia duduk di atas itu. Jadi, cara hendak alihkan perhatian dia, sambil-sambil membaca, Putri juga bermain-main dengan anak patung dia. Itupun dia dah pandai bawa anak patung dia ke atas suratkhabar! Sabar jelah...
Itulah perangai si Kimmy...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan