::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 17 September 2010::
Ini merupakan kali pertama Kimmy berada di kampung bersama Putri. Putri bawa sekali cage dan semua peralatan dia.
Bagus si Kimmy ni ketika di dalam kereta. Duduk je dalam cage di kerusi depan. Asyik tidur je sampailah ke Kluang, Johor. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Nasib baik di tak mabuk kenderaan, kalau tak susah jugak.
Dulu, Putri selalu bawa kereta seorang diri kalau pulang ke kampung. Itu yang menyebabkan Putri mudah rasa mengantuk dan akan berhenti di mana-mana R & R dan tidur sekejap. Kali ni, Kimmy jadi peneman jadi mata Putri terbuka je.
Kadang-kadang, ada juga Putri terasa macam hendak terlelap. Maklumlah, cuaca panas... tapi si Kimmy ni macam tau-tau je... Dia mengiaw kuat-kuat. Nasib baik, kalau tak mesti dah terlelap.
Apabila dah sampai di kampung... Kimmy macam jakun sedikit. Mana taknya, rumah di kampung luas dan ramai orang.
Mujur keluarga Putri suka dengan Kimmy. Kalau tak, mahu terkurung dia.
Di kampung, berani pula dia duduk di atas tingkap. Tapi Putri kena jaga-jaga, takut dia terlepas keluar dari rumah. Kang hilang pula.
Kimmy : Menyibuk je si Lanun ni!
P/S : Kimmy dan Lanun ucapkan 'Selamat Hari Raya' pada semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan