Semalam, ketika Putri sedang memberi makan pada bapa Simon... tiba-tiba, Putri terdengar ada seekor anak kucing mengiaw dengan kuat.
Putri terus keluar dari rumah dan mencari suara anak kucing tu sebab Putri ingatkan Simon.
Rupa-rupanya, ada seekor anak kucing yang comel sedang ketakutan di tempat letak motosikal.
Jadi, Putri pun ambil dan bawanya ke rumah Putri...
Sampai je kat rumah, bapa Simon tercium-cium Kimmy pastu macam marah ke Kimmy. Putri cakap kat bapa Simon, "Eh, jangan wat camtu! Tak baik! Kucing tu kecik lagi!". Terus bapa Simon, kuar rumah melalui pintu depan (memang Putri kunci pintu gril tapi bukakan sedikit pintu rumah, kalau-kalau si kucing-kucing tu hendak keluar).
Putri bagi makanan dan mandikan Kimmy...
Macam mana Putri boleh terfikir nak letakkan nama Kimmy?
Sebenarnya kawan baik Putri, Mie yang bagi cadangan supaya diletakkan nama 'Kimmy'.
Inilah Kimmy...
Kimmy baru lepas mandi...
Orang nak menulis, dia pun sibuk nak menekan keyboard juga...
Malam tu, Kimmy tidur bersama Putri di kerusi panjang... Selamba je dia tidur di atas dada Putri... Tapi disebabkan Putri dah mengantuk sangat... Putri biarkan sahaja apa yang dia nak buat...
**********
Pagi esoknya, Putri bawa Kimmy berjumpa dengan Dr. Vet. Putri bawa Kimmy di dalam beg tangan besar. Siap tidur dalam beg tu lagi. Kali pertama, Putri nak bela kucing dengan serius. Antara percaya dengan tak percaya je ni...
Sementara menunggu giliran, Putri sempat berbual-bual dengan pemilik-pemilik kucing yang datang di situ. Terus terang Putri mengatakan bahawa Putri tak penah bela kucing sebelum ni dan tak tahu sangat nak bela bagaimana. Nasib Putri baik sebab mereka semua banyak bagi maklumat kat Putri, terutamanya ada salah satu pemilik tu yang mempunyai 47 ekor kucing!
**********
Dalam bilik Dr., Dr. tanya... mana kucingnya? Putri kata ada dalam beg ni, tengah tidur...
"Oh, cantiknya...! Mana u beli?"
"Actually, I jumpa dia pukul 9 lebih malam semalam... sorang-sorang kat tempat parking motor... saya dah mandikan dia semalam..."
"Oh, macam tu... patut nampak bersih!. Ok, I akan check kalu dia ada kutu, cacing or ada apa-apa penyakit..."
"Berapa umur kucing ni Dr.?"
"Kejap yea I tengok... Oh, ni baru 6 minggu..."
"Oh, belum sampai 2 bulan lagi..."
"Ok, I tengok setakat ni takde apa-apa. Cuma suhu badan ada sedikit rendah. I akan bagi ubat cacing dan nanti u kena bagi vitamin C dalam masa 2 minggu nie, lepas tu kena bagi injection selama tiga bulan berturut-turut..."
"Oh, ok Dr. Macammana nak bagi vitamin C kat dia nie?"
"Nanti I tunjuk."
"Ok, everything is ok. Jumpa lagi di sesi rawatan akan datang."
"Thanks, Dr."

"Ok, saya nak beberapa barang untuk kucing nie macam cage, makanan, pasir, mainan, tempat makan dan minum."
"Ok, semua ada di bahagian sana."
"Ok, thanks."
"Ok, semua ada di bahagian sana."
"Ok, thanks."
**********
Jadi, bermulalah satu lagi komitmen Putri iaitu membela kucing secara serius. Setiap pagi selama 2 minggu berturut-turut, Putri kena bagi dia makan Vitamin C. Termasuk malam sebelum tidur.
Petang tadi, kali pertama Putri bawa kucing dalam kereta (pergi ke rumah pakcik)... tetapi Putri terpaksa bawa dengan cage sekali sebab takkan nak biarkan lepas di dalam rumah pakcik... lagipun, dia perlu diberi makan vitamin.
Putri tinggal di rumah pakcik semalaman kerana mama, atok ngan adik datang ke sini, esok kami semua kena majlis perkahwinan sepupu Putri di Hotel Concorde, Shah Alam. Selepas majlis, Putri akan pulang ke rumah. Maklumlah, dah ada komitmen la katakan...
Dua minggu ni, Putri kena latih si Kimmy... terutama untuk makan, minum dan yang penting masa dia buat 'bisnes'. Dah ok, baru Putri lepaskan dalam rumah.
Buat masa sekarang ni, Putri kena perhati dia betul-betul.
Macam tadi, tengok lain macam je Putri terus letak dalam cage. Rupa-rupanya, betul sangkaan Putri yang dia nak buat bisnes kecil and besar. Jadi, lepas-lepas nie dia fahamlah, bila nak buat bisnes kecil dan besar... kena masuk dalam cage dan buat bisnes pasir.
Kimmy, kamu sungguh comel sehingga Putri tak dapat melepaskan kamu!
Kamu anugerah Allah, untuk menjadi peneman hidup Putri setelah Putri sedih kehilangan Simon... (Simon, kamu tetap dalam ingatan Putri sebab kamu sangat istimewa!)
Pengganti kamu tetap ada warna kuning!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan