Semalam, semasa Putri pulang ke rumah selepas makan dalam… tengok-tengok bapa Simon dah berbaring-baring kat depan rumah Putri.
Putri pun bagilah dia masuk ke rumah sebab nak bagi makanan kucing (ada banyak lebih sebab Simon dan adik-beradiknya hilang).
Macam mana Putri tahu itu bapa mereka semua???
Mestilah Putri tahu. Sebab masa musim kucing mengawan tempohari… si dia ni ada mengorat dua ekor kucing betina yang ada kat sini. Salah satu kucing betina tu adalah ibu si Simon. Masa tu, mereka berdua ni selalu lepak di tingkat satu.
Nak tengok bapa Simon? Inilah dia…
Tengah syok makan... Kesian....
Sedapnya baring kat kusyen...
Muka dia habis bercalar-balar! Yelah, nak tunjuk jantanlah katakan…. Huhuhu…. Sebelum nie, muka bapa Simon ni memang comel… La ni dah nampak muka bapa kucing daa…
Muka dia habis bercalar-balar! Yelah, nak tunjuk jantanlah katakan…. Huhuhu…. Sebelum nie, muka bapa Simon ni memang comel… La ni dah nampak muka bapa kucing daa…
Tapi, kalau bapa dia tak tunjuk jantan… Tak dapat Putri membelai Alvin, Simon dan Theodore walaupun sekejap… Bapa Simon nie pun baik, walaupun dia hanyalah kucing jalanan… Tengah-tengah makan, bapa Simon ni tetap nak bermanja-manja dengan Putri. Bila Putri tengah pakai telekung nak solat, die keluar dari bilik dan tunggu di luar. Bila Putri tengah duduk di kerusi, tengah menaip sesuatu di laptop, dia akan baring berdekatan dengan Putri. Kira bagus kucing ni. Baru Putri tahu, anak-anak dia ikut perangai siapa...
Insya-Allah, lepas ni mesti Putri akan berjumpa dengan anak kucing baharu! Hehehe…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan