Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kemalangan pertama



By  Kakdell     Khamis, September 20, 2012    Labels: 

Tanggal 6 Jun 2011 (Isnin), pukul 7.20 pagi...

♪ ♫ ♩.. Menyusun tari ala tari...♪ ♫ ♩

KEDEBOOMMM!!!

Terkejut Dell pada hari itu, sedar-sedar dah kena langgar dari belah kanan kereta. Waktu tu, Dell betul-betul  berada di simpang tiga berdekatan dengan rumah Dell. Terkejut kerana bunyi dentuman yang kuat (bagi Dell), al-maklumlah kereta Kancil...

Setelah matikan radio, Dell turun kereta untuk melihat kerosakan yang berlaku. Aduh, kemek pintu kereta ku! Tapi, terus-terang Dell katakan... tiada sekelumit pun rasa kemarahan yang timbul waktu itu. Putri redha dengan apa yang telah terjadi walaupun agak terkejut. Lagipun, empunya kereta itu tidak melarikan diri dan berbincang ganti rugi dengan cara yang baik.

Mujur kakak tu tidak panik (tidak menekan minyak terus setelah berlanggar), jika tidak, mahu terbalik kereta kancil ku yang comel itu (beserta dengan tuannya sekali) terjun bukit! Maklumlah, kereta Dell kan ringan.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Kebetulan empunya kereta itu juga merupakan staf UPM dan duduk berdekatan dengan rumah Dell. Sepeninggalan kereta Dell di bengkel, Dell terpaksa menumpang kereta balik dan pulang dari tempat kerja dengan kakak yang melanggar kereta Dell itu.

Katanya... "Akak betul-betul tak nampak kereta Dilla masa berhenti di simpang tu. Dah dua kali tengok. Allah tutupkan pandangan akak agaknya. Mungkin ada hikmah di sebalik pelanggaran ini..."

Dell : Sebenarnya, Dilla perasan yang akak berhenti. Jadi Dilla terus memandu cuma tidaklah laju. Agak terperanjat juga bila akak langgar Dilla masa tu.

Kakak itu : Takpelah, jika ada rezeki... boleh kita keluar sama-sama. Secara kebetulan pula, kita duduk berdekatan. Ada masa datanglah rumah akak.

Dell : InsyaAllah... Dilla takde masalah. Ok saja kalau akak ajak keluar.

Atas bantuan staf di tempat dia, kereta Dell selamat dibaiki di sebuah kedai berdekatan dengan UPM. Harga ganti rugi juga agak berpatutan dan hasil kerjanya sangat-sangat Dell berpuas hati. Layanan yang diberikan oleh mekanik sangat baik (sempat meminta no. telefon mekanik tu supaya jika ada apa-apa, boleh minta pertolongan).

Ini merupakan pengalaman pertama Dell dilanggar. Waktu itu, fikiran Dell tidak terarah kepada kerosakan kereta kerana ada kerja penting yang Dell kena selesaikan. Selama dua hari Putri tidak dapat tidur dengan sempurna kerana risau memikirkan hal itu. Alhamdulillah, walaupun ketika itu Dell kemalangan... dalam masa yang sama Dell dapat menyelesaikan kerja penting itu. Segala-galanya, dipermudahkan...

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan