Teringat pula zaman mula-mula naik ke pentas dulu... masa tu tahun 2005, ambil degree...
Ingat lagi, waktu itu aku tidak reti lagi bagaimana hendak bergambar sakan. Hanya mengharapkan gambar yang akan diambil oleh adik saudaraku. Maklumlah, aku memang tiada kamera. Disebabkan itulah, ketika konvo degree dulu tiada gambar sangat...
Masa tu, aku langsung tak terfikir pun nak buat baju khas untuk konvo. Tak kisah sangat. Pakai baju kurung yang biasa (baju raya tahun itu).
Ambil scroll pun dengan Pro-Chancelor je...

Kali ini, jubah dua line...
Tahun 2010, dah pandai sikit nak melaram. Tempah baju khas semata-mata untuk konvo. Kain sari tuh! Nasib baik siap sebelum majlis. Sanggup pergi kedai Aryani semata-mata hendak mencari tudung yang sesuai.
Masa ni ambil gambar dengan kawan-kawan pun dah berlambak-lambak dengan pelbagai aksi dan siap ada adegan babak baling topi (sebelum konvo dan selepas konvo ~selagi tak pulangkan lagi jubah ni...hehehe~).
Kenangan yang paling manis pada tahun 2010.

P/S : Tak sabar nak pakai jubah yang ada tiga line pula... bila agaknya, ya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan