Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Sindrom Gagap dan Takut???



By  nurdilla zaini     Sabtu, September 22, 2012    Labels:, 
Setiap kali apabila Dell menghadiri kelas (sejak semester lepas), mesti Dell akan mengalami sindrom gagap dan takut. Hendak tahu kenapa Dell menghadapi sindrom seperti ini?

1. Dell terasa rendah diri dikelilingi pelajar-pelajar lain yang lebih senior dan lebih berpengalaman dari segi kehidupan. Maklumlah, pelajar-pelajar PhD ni kebanyakannya orang dewasa. Tambahan pula, mereka ni kebanyakannya adalah guru atau pun pensyarah. Sebab itu, Dell akan mengalami Sindrom Gagap sebentar di dalam kelas. Huwaaa!!!

2. Setiap kali masuk ke kelas, pensyarah selalu 'brainwash' kami semua agar belajar bersungguh-sungguh supaya pengajian kami tamat segera dan tidak tertangguh-tangguh. Kadang-kala, kata-kata mereka itu menakutkan Dell terutamanya apabila mereka sentuh bab-bab masalah penyelidikan. Tertekan rasanya! Siap cakap, "Takut?"

Tetapi, pensyarah Dell kata inilah cabaran yang kami kena sahut. Kalau tidak merasa takut, tak thrill katanya. 


Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan