Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Restoren Arab Alzahara



By  Kakdell     Khamis, September 20, 2012    Labels: 
Malam semalam, Dell berpeluang merasa masakan Arab di Nilai, Negeri Sembilan. Nama restorennya ialah Restoren Alzahara. Tuan punya restoren memang orang Arab. Jalan-jalan cari makan kali ini dibawa oleh kawan baik Dell iaitu Camy!

Menu yang Dell cuba kali ini ialah Nasi Beriyani Kambing. 
Itu dia Nasi Beriyani Kambing

Nasi beriyaninya sangat lembut dan tidak terasa berempah sangat, manakala daging kambingnya pun sangat lembut dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Menu ini memang sangat sedap! Harga pun berpatutan. Bagi mereka yang kurang makan, satu pinggan nasi boleh makan untuk dua orang!

Makan tanpa minuman adalah umpama makan nasi tanpa lauk. Hehehe.

Minuman yang Dell boleh cadangkan di sini ialah Mint Tea. Walaupun, Dell bukan peminat tegar teh, tetapi rasa teh ini sangat sedap dengan haruman pudina. Tak manis, tak pekat... rasanya sedang-sedang elok. Seteko teh akan dihidangkan di dalam cawan yang kecil sehingga kita tidak terasa langsung, teko teh itu kecil sebenarnya.

Cubalah rasa masakan Arab di restoren ini. Restorennya terletak berdekatan dengan Kolej Nilai.

Selamat mencuba!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan