Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kimmy? Anak siapalah dia ni? Ish... ish... ish...



By  Kakdell     Sabtu, September 15, 2012    Labels: 
::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 1 Julai 2010::

Sebenarnya, Putri pelik dengan perlakuan si Kimmy ni. Almaklumlah kali pertama menjaga kucing secara serius.

Semalam, semasa Putri sedang makan murtabak daging (ketika berbuka puasa), dia mengiaw tak berhenti-henti. Putri pelik, apalah yang dia nak sebenarnya sebab makanan dia ada lagi. Siap panjat-panjat kerusi. Banyak kali jugalah Putri turunkan dia ke bawah meja. Tapi, dia ni degil sungguh!

Akhirnya, Putri pun bagi sedikit murtabak tu... rupa-rupanya dia nak makan murtabak.

(Dalam hati, orang rebus ikan... tak nak makan... goreng ikan pun tak nak makan... jual mahal betul!)

Selesai makan, Putri pun nak minum la air milo (yang agak-agak suam-suam kuku tu) dan duduk di kerusi panjang. Masa itu pun, dia mengiaw tak berhenti-henti. Siap pegang gelas yang Putri nak minum tu. Putri cakap,

'Nie air milo ler... mana boleh minum.'

Dah degil sangat, Putri pun bagilah setitik air milo tu kat dalam mulutnya. Eh... eh... minta lagi!

Putri pun letaklah sikit air milo kat sudu besar tu. Die jilat sampai habis. Lepas tu minta lagi. Putri pun bagilah. Cukup dua sudu besar, dia pun senyap dan terus tidur!

Dalam hati, sabar je dia ni...

Anak siapalah tu???

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan