Tadi ketika aku menonton Buletin Utama TV3, tayangan filem 'Innocence of Muslims' di laman web youtube benar-benar telah membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia kerana jalan cerita di dalam filem pendek tersebut telah menghina Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Aku pun mencuri masa sekejap mencari video tersebut di youtube dan cuba mengikutinya sehingga akhir babak (walaupun dah tak sanggup nak menontonnya sehingga habis) semata-mata ingin mengetahui apa yang terkandung di dalamnya.
Ini merupakan fitnah yang terbesar menghina Nabi Muhammad. Ianya dilakukan secara terang-terangan oleh pihak Yahudi.
Jika dilihat melalui 'shoot' yang diambil di dalam berita, kelihatan ramai umat Islam di sesetengah negara membuat demontrasi dan membakar pejabat kedutaan US sebagai bantahan terhadap filem tersebut. Rasanya, pihak Yahudi tak terkesan dengan perbuatan tu.
Kalau diikutkan, orang Islam dah boleh berperang dengan orang Yahudi kerana mereka telah menghina agama Islam dan rasul kita secara terang-terangan.
Bersediakan kita suatu hari nanti akan bersama-sama dengan Imam Mahdi untuk memerangi Dajjal kelak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan