Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Pizza San Francisco



By  nurdilla zaini     Isnin, September 17, 2012    Labels: 
Salah satu restoren yang Dell suka pergi ialah di Pizza San Francisco. Di sini banyak pilihan menu dan harganya agak berpatutan dan sangat padan dengan rasanya. Kiranya, kita akan berpuas hati dengan apa yang kita bayar. Kebiasaannya Dell pergi di cawangan Mines, Seri Kembangan.

Makanan kegemaran Dell di sini ialah :
spagetti Marinara 

spagetti Cioppino

Antara menu-menu lain yang Dell pernah makan di sini ialah Fish and Chips, Ceaser Salad dan,
Dell suka Lamb Chop di sini dengan kuah Black Pepper bersama potongan kentang bakar... memang kita akan rasa kenyang sepanjang hari. 
Tiramisu juga sedap dimakan ketika disejukkan.

Manakala, minuman pula Dell suka memilih Cold Chocolate atau Ice Mocha.

P/S : Bulan Ramadan, baru-baru ni Dell bawa seorang sahabat lama untuk berbuka puasa di restoren ini. Dia sangat berpuas hati dengan menu dan harga di sini dan akan membawa keluarganya makan di sini nanti. 

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. hai kak dell...finally dpt jgk jd follower...mmg best kt mkn kat piza san francisco tu...hr tu akk bwk suami akk g mkn...mmg the best la dia ckp...smpai skang dia kempunan nk mkn lg

    BalasPadam
  2. Hehehe... sedap, kan? Harga yang kita bayar sangat berbaloi dengan rasanya. Tempat pun agak selesa untuk pasangan couple... hehehe...

    BalasPadam