Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Biodata si Kimmy



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 

::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 25 Julai 2010::




Nama : Kimmy

Dijumpai : 25.06.2010 (Jumaat malam, 9.15 malam, usia 6 minggu)

Makanan : Friskies Junior (Masa kecil, sekarang ni Iams atau Royal Canin)

Makanan sampingan yang digemari : Mc Flurry Oreo, Cheese Cake, Murtabak daging, Roti.

Minuman sampingan yang digemari : Milo

Makanan yang tidak disukai : Pisang

Habit : Suka gigit kaki dan tangan orang, kacau orang tengah taip di laptop dan kacau orang tengah baca suratkhabar.


**********

Kali pertama, Kimmy dihantar ke nursery masa Putri hendak pergi melancong ke Vietnam. Waktu itu, risau juga. Boleh ke Kimmy seorang diri di nursery tu nanti? Dahlah dia yang paling kecik, yang lain-lain semuanya kucing dewasa.

Kimmy dihantar ke nursery selepas di inject vaksin pagi tu. Diam je... lepas tu akan marah kalau orang tersentuh tempat yang dia kena inject tu.


Tidur je selepas kena inject...



Orang di nursery kata, Kimmy sangat aktif keesokkan harinya. Selagi tidak diletakkan ke dalam cage dia, dia akan main je tak berhenti. Makan tak, minum tak, melabur pun tak.







Apabila Putri bawa balik ke rumah je, main-main kejap... tidur... asyik tidur je... mana taknya, masa di nursery tak tidur sangat, asyik main je...



Suka tidur ngan Putri... Waktu ni, Putri tengah sibuk di depan laptop...







Itulah dia, si Kimmy... Tak sangka, berjaya juga Putri besarkan dia walaupun tiada pengalaman...

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan