Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Marley and Me



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 

Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri iaitu John Grogan dan Jennifer Grogan yang baru mendirikan rumah tangga telah mengambil satu komitmen yang agak besar iaitu ingin memiliki seekor anjing sebagai binatang peliharaan. Filem ini diadaptasi daripada novel ni...

Hari pertama, mereka telah berkunjung di salah sebuah tempat yang menjual anjing dan secara kebetulan seekor ibu anjing baru melahirkan beberapa anak anjing yang comel dengan harga 400 USD seeekor. Anak-anak anjing tu sangat comel dan menambat hati Jennifer sehingga di tidak tahu hendak memilih yang mana satu.

Sehinggalah, taukeh kedai tu berkata, "Ambillah anak anjing yang itu, murah 200USD sahaja dan anggaplah sebagai 'penjualan habis anjing'".

Akhirnya, Jennifer pun memilih Marley. Masa tu, mereka tidak tanya pun kepada taukeh itu, kenapa anak anjing tu harganya murah!

Setelah membeli Marley, Jennifer kena outstation untuk beberapa hari... masa inilah baru mereka tahu bahawa Marley ni seekor anjing yang sangat nakal.


Tengoklah apa yang Marley buat tidak sampai beberapa jam ditinggalkan di dalam rumah!

Jadi, bermulalah kehidupan mereka dengan seekor anjing yang sangat pelik perangainya. Waktu ini, banyak suka dan duka mereka bersama Marley. Sedar tak sedar, John langsung tidak perasan yang setiap penulisannya mesti diselitkan dengan kisah Marley sehingga Jennifer mengatakan boleh dibukukan kisah ini... Yalah, sudah 13 tahun mereka hidup bersama!

Kamu semua patut tonton cerita ini. Sangat menarik dan menginsafkan kita mengenai haiwan peliharaan.

P/S : Sudah banyak kali tonton, tapi apabila sampai part akhir je mesti Dell akan bergenang air mata... hukhukhuk...

Ini yang menyebabkan Dell selalu mencatat kisah Kimmy di 'Kasih Si Kuning'' untuk ingatan...

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan