Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kisah seorang penulis yang berkelana



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 
Sebenarnya sudah lama aku tinggalkan dunia blog ini. Blog lama pun aku sudah simpan di dalam diari elektronik. Sudah tiada hati untuk meneruskan penulisan di blog lama kerana pada aku, kehidupan baru harus juga dibuka dengan diari baru... maknanya, 'Kehidupan baru, Blog baru!'

Kini, kehidupan aku sangat berbeza berbanding sebelum ini. Iyalah, sebelum ini aku bekerja di Seksyen Penyelidikan dan Inovasi yang menuntut banyak ruang masa ku di pejabat, selepas balik kerja aku sudah berasa penat dengan bebanan tugas yang digalas di pejabat.

Kali ini, kebanyakan masa aku berada di rumah setelah berhenti kerja kerana mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaranku. Aku sanggup berhenti kerja (maklumlah hanya berstatus pekerja kontrak) lagipun elaun sara hidup biasiswa yang aku dapat sama dengan harga gaji bulanan aku selama ini selain yuran pendidikan pun ditanggung sepenuhnya oleh pihak penaja.

Untuk mengisi ruang pada waktu lapang, aku memberi tuisyen kepada anak-anak sahabat-sahabatku yang meminta aku membantu meningkatkan prestasi anak-anak mereka dalam pelajaran, di samping memberi mereka sumber inspirasi untuk berjaya dalam hidup. Anak-anak murid aku dari level sekolah rendah sehingga sekolah menengah. 

Sudah lama aku meninggalkan dunia akademik ini. Kali terakhir aku pernah mengajar tuisyen dan institusi swasta secara sambilan selepas waktu pejabat adalah pada tahun 2008. Waktu itu, aku sudah sibuk hendak menyelesaikan Master ku. Ketika itu, aku memberi tuisyen kepada pelajar rendah dan menengah untuk subjek Bahasa Melayu sahaja dan menjadi tutor untuk subjek Lembaga Akreditasi Negara (LAN) iaitu Kenegaraan Malaysia, Bahasa Melayu, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam untuk pelajar Diploma.

Terharu juga apabila diperlawa oleh mereka untuk mengajar anak-anak mereka. Kepercayaan ini harus aku jaga. Aku harapkan anak-anak muridku itu berjaya dalam pelajarannya terutama dalam kehidupan. 

P/S : Sudah lama orang tidak memanggilku dengan panggilan 'cikgu'. ;)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan