Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

3 Idiots



By  nurdilla zaini     Khamis, September 20, 2012    Labels: 
Salah satu filem hindustan yang Dell suka tonton berulang-kali ialah Filem 3 IDIOTS. 


Dell rasa mesti ramai penuntut-penuntut universiti di luar sana suka akan jalan cerita di dalam filem ini. Kenapa Dell kata begitu? Jalan cerita dalam filem ini adalah berkisar mengenai kehidupan mahasiswa di dalam sesebuah universiti. Biasalah kena ragging dengan senior, kena ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh universiti, melayan karenah mahasiswa yang pelbagai dan tidak terkecuali karenah pensyarah.

Filem ini sangat bermotivasi tinggi, komedi, semangat setiakawan dan ada sedikit unsur-unsur cinta. Turut melihat bagaimana mereka semua hendak merealisasikan impian mereka dan dalam masa yang sama untuk merealisasikan impian keluarga yang meminta mereka mendapat ijazah untuk bidang-bidang tertentu.


Suka tengok gelagat pengetua universiti ini dengan telatah 3 orang sekawan tu.

Sebelum terlupa, filem ini bukan menceritakan tentang 3 orang yang bodoh tau! IDIOTS yang dimaksudkan di sini ialah akronim bagi 'I'll Do It On my Own TermS'. Permulaan cerita, dua sahabat lama iaitu Farhan dan Raju  yang mengembara untuk mencari sahabat lamanya, Rancho. Filem ini banyak memainkan flashback yang panjang, tetapi pengolahan ceritanya sangat menarik dengan pembongkaran persoalan satu demi satu.




Filem ini akan mengajar penonton bagaimana hendak membuat pilihan dalam kehidupan. Adakah hidup kita akan lebih teratur dan terancang apabila mengikut aturan yang ditentukan oleh orang lain? Adakah kita tidak boleh berjaya dengan minat dan bakat yang ada pada kita?

Bagaimana filem ini mengkritik secara halus mengenai dunia pendidikan dan sistem yang dijalankan.

'All is well'



Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan