Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Nasi Kandar Lawood



By  Kakdell     Khamis, September 20, 2012    Labels: 
Tengahari semalam, kawan baik Dell telah membawa Dell mencuba nasi kandar yang dikatakan popular di Nilai. Khabarnya, jika pelanggan datang ke restoren ini ketika waktu tengahari... memang beratur dengan sangat panjang sehingga ke luar kedai. Untuk selamat, eloklah datang makan pada pukul 2.00 lebih petang. Inilah dia restoren yang diperkatakan itu.


Restoren Nasi Kandar Lawood

Pemilik restoren ini adalah cina muallaf. Disebabkan pelanggannya sangat ramai, restoren ini dilengkapi dengan CCTV walaupun restorennya hanya kedai biasa.

Inilah menu nasi kandarnya... nasi putih, ayam goreng dan sayur. Kuah kari dan kandarnya memang sedap dan sangat pekat. Dihidang dengan kuah yang diasingkan kerana ada sesetengah pelanggan yang mungkin tidak tahan pedas. Pelanggan boleh meminta lauk sampingan lain seperti telur masin, paru-paru goreng dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba! :)


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan