Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Terharu...



By  Kakdell     Khamis, September 20, 2012    Labels: 
Sampai sahaja aku di rumah dalam pukul 11.45 malam tadi, aku terus buka laptop aka facebook untuk melihat jika ada apa-apa mesej penting yang aku terima. Aku mendapat mesej bahasa salah satu puisi ku yang berjudul 'Dalam Hati Ada Rasa' akan disiarkan di www.djmyfmonline.blogspot.com dalam anggaran masa pukul 12.30 malam. 

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Aku pun membuka laman web tersebut dan menunggu puisi aku itu tersiar. Tiba-tiba terdengar juruhebah radio menyebut nama penuhku dan tajuk puisiku. Terasa sangat terharu apabila beliau membaca puisiku. 

InsyaAllah, jika ada ilham... aku akan menulis puisi yang lain pula... :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan