Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Dalam Hati Ada Rasa



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 
Dalam hati ada rasa
Waktu itu aku gembira
Ingin membantu apa yang ada
Kerna wujud sayang di jiwa

Dalam hati ada rasa
Waktu itu aku gulana
Resah dihati tidak terkira
Kerna dia yang salah sangka

Dalam hati ada rasa
Waktu itu aku derita
Tidak dapat diucapkan kata
Hanya mampu berserah kepada-Nya

Dalam hati ada rasa
Bila waktunya ingin bersua
Setelah maaf sudah dipinta
Ingin kulihat wajahnya ceria

Dalam hati ada rasa
Ingin ku sulam isi hatinya
Janganlah dia memendam rasa
Ku ingin dia rasa bahagia


::Puisi ini telah diterbitkan di Buku 'Menyirat Cinta Haqiqi' oleh Dato' KEMALA pada tahun 2012::


Nota :
Penulisan puisi inilah menemukan Dell dengan Dato' KEMALA yang merupakan Sasterawan Negara secara peribadi untuk beliau menilai puisi Dell agar dapat diterbitkan ke dalam buku beliau.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan