Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Barangan murah, RM5 je???



By  nurdilla zaini     Ahad, September 16, 2012    Labels: 
Bila sebut barangan murah, mesti kita akan tertarik, kan? 

Baru-baru ni, aku ke Pejabat Pos di dalam Jaya Jusco Equine Park, Seri Kembangan untuk memperbaharui lesen memandu. Ada satu kedai yang baru dibuka agak bersebelahan dengan pejabat pos itu menarik perhatian ku.... Barangan Jepun? RM5?

Inilah kedainya 'Daiso Japan' 

Percaya atau tidak, kesemua barangan yang terdapat di dalam kedai ini berharga RM5!!!

Kalau diikutkan hati, rasa macam hendak borong semuanya! Barangannya sangat praktikal dan comel walaupun harganya murah. Kita akan jumpa sekecil-kecil barangan sehingga barangan yang besar di dalam kedai ini.

Tidak dinafikan, rumah-rumah di Jepun agak kecil dan mereka akan memanfaatkan sekecil-kecil ruang untuk meletakkan barangan mereka supaya nampak kemas dan tersusun. Disebabkan itulah, aku dapat mengatakan kebanyakan barangan yang terdapat di sini sangat praktikal dan murah.

Melalui barangan disinilah aku mendapat beberapa idea bagaimana hendak menyusun barangan di rumah dengan ruangan yang terhad tetapi menggunakan alat yang sangat murah.

Marilah beramai-ramai cuba masuk ke kedai ini dan lihat sendiri barangan yang dijual. :)

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. mungkin macam hinodae shop ... RM5 jugak , tapi yg lbh RM5 pn ada tapi sket jerk

    BalasPadam
    Balasan
    1. barangan di sini, semuanya RM5... dahlah murah, barangannya comel2 belaka dan praktikal... :)

      Padam