Dell berpeluang menonton cerita 'Two Brothers' di TV3. Awalnya, Dell ingatkan cerita ini merupakan filem zaman Tok Kaduk dek kerana suasana di dalam filem tu seperti zaman dulu-dulu.
Nyaris-nyaris, Dell nak tukar ke saluran lain. Baru je Dell hendak tekan butang, tiba-tiba ada babak seekor anak harimau yang sangat comel!
Yang ni namanya Komal
Yang ni pula namanya Sangha
Sebenarnya, Dell terlepas tontonan untuk 15 minit yang pertama, jadi Dell tidak tahu yang filem ini mengisahkan dua adik beradik harimau yang terpisah sejak kecik daripada ibunya dan kedua-dua beradik harimau tersebut membesar dengan cara yang berbeza.
McRory telah membunuh bapa mereka dan terjumpa Komal lalu cuba membelanya.
Manjakan si Komal nie...
McCory ditangkap oleh polis kerana mencuri barang-barang artifak negara dan menyebabkan Komal di bawa ke sarkas.
Pelbagai cara emak harimau ni hendak menyelamatkan Komal, tetapi tidak berjaya. Dalam cubaan menyelamatkan Komal, emak mereka ditangkap dan dijadikan haiwan buruan raja.
Nak dijadikan cerita, emak harimau tersebut dapat melarikan diri tetapi Sangha telah ditangkap oleh anak seorang pembesar, Raoul dan dijadikan haiwan peliharaan. Jangan terkejut ya, mereka siap boleh bermain 'hide and seek' tau! Masa ni, babak Sangha sangat comel!
Sangha sangat manja
Tapi, disebabkan Sangha menyerang anjing Raoul... Sangha dihantar ke tempat haiwan peliharaan diraja. (Bukan salah Sangha sebenarnya, Hish!)
Emak mereka dan Sangha terpaksa melihat Komal di bawa dengan sebuah lori setelah gagal menyelamatkan Komal
Komal dibesarkan di dalam sarkas. Kesian dia. Selalu kena dera supaya mengikut kehendak pemilik sarkas beraksi. Sehingga Komal digelar haiwan yang paling ganas di dalam sarkas tersebut.
Manakala, Sangha dibela oleh keluarga diraja supaya menjadi haiwan yang paling ganas di dunia agar boleh beraksi di dalam pertandingan harimau yang akan diadakan satu hari nanti oleh raja.
Dipendekkan cerita, mereka berdua dipertemukan di dalam Perlawanan Diraja (ketika dewasa). Semua penonton yang datang, ingin menyaksikan mana satu harimau yang akan menang dalam perlawanan ini.
Nak dijadikan cerita, ketika mereka sedang berlawan... tiba-tiba, mereka teringat masa mereka kecil-kecil dulu... selalu bermain bersama-sama.
Barulah mereka sedar bahawa mereka tu sebenarnya adik beradik.
Semua penonton terkejut, mereka bermain-main dan bergurau-gurau di dalam perlawanan tersebut.
Hah, masa nilah ada sedikit aksi yang agak drastik dan sangat teruja untuk ditonton.
Dell sarankan kamu semua cuba tonton cerita ni... sangat best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan