Sejak awal September tempohari, terasa macam bosan kerana kelas belum bermula lagi. Almaklumlah, baru semester dua... Jumaat lepas, baru Dell masuk kelas yang pertama.
Punyalah teruja! Yalah, hendak belajar ilmu baru, kan....
Bermulanya kelas pertama, bermakna akan banyak tugasan yang perlu Dell siapkan. Hari pertama menghadiri kelas, pensyarah sudah memberi tugasan-tugasan yang perlu dihantar dan dibentangkan di dalam kelas. Masa yang diberi agak singkat.
Maka, secara rasminya Dell sudah mula sibuk.
Apa-apa pun, chaiyok2!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan