Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

SIAPA Kamu Mengambil MATAnya?



By  Kakdell     Rabu, Januari 09, 2013    Labels: 

::Tulisanku di Diari Putri Lindungan Bulan pada 24 November 2010::

Entri pada kali ini, Putri bukan hendak cerita pasal si Kimmy my little cat tetapi seekor anak kucing yang cerita asalnya Putri selalu ikuti melalui blog Kakimotong seterusnya ke Papa Meaw dan akhirnya di LeenaCute.

Ianya diberi nama Adek. Kalau kamu hendak tahu, bulunya juga berwarna belang kuning... (secara kebetulan sesuai dengan label Putri, Kasih si Kuning... hukhukhuk...).


Inilah Adek

Serius Putri katakan, tersentuh hati Putri membaca kisah dia masa lunch di opis tadi. Putri sangat-sangat terkejut! Putri pecaya bukan Putri seorang tetapi sesiapa yang mengikuti kisahnya mesti terasa sedih. Hampir-hampir Putri hendak keluarkan air mata tetapi memandangkan Putri ada mesyuarat pada jam 2.00 lebih petang tadi, cepat-cepat Putri memikirkan perkara lain. Terganggu sedikit emosi sebenarnya.

Orang pertama yang menemui Adek bersama Uteh ialah Papa Hero dari blog Kakimotong. Kisah mengenainya ada di sini klik : Aduhai Si Adek.

Adek diambil sementara oleh salah seorang pecinta kucing iaitu Kak Leena yang cuba untuk mengubat mata adek. Kisah terbaru tentang Adek nie sangat menyayat hati, hendak tahu apa kata Dr. Vet yang rawat Adek? Kisahnya sila klik : Tuhan, Bantulah Aku Yang Buntu.

Terkejut Putri apabila mengetahui mata Adek diambil orang untuk mengantikan mata kucing lain semasa umurnya 1 bulan!!!

Apa yang Putri kesalkan, orang yang mengorek mata Adek ni, buang Adek dan Uteh di dalam kotak arak dengan tiada makanan atau minuman! Dibiarkan daif di situ. Langsung tidak simpati atau cuba merawat Adek dan Uteh. Sedangkan mata yang diambil tu berjasa untuk kucing lain!

Mujur PH jumpa dan bawa balik dan seterusnya dijaga oleh Papa Meaw dan nasibnya bertambah baik apabila ada insan yang baik hati sanggup membiayai perubatan matanya iaitu Kak Leena.

Satu yang Putri hendak tanya kepada orang yang membuang Adek dan Uteh... APA HAK KAMU MENGAMBIL MATANYA???

Apakah mungkin Adek nie kucing jalanan, maka diambil matanya untuk merawat kucing kesayangan orang kaya yang telah menaburkan wang untuk itu?

Apa-apa pun, insaflah kepada sesiapa yang suka mendera haiwan di luar sana... Jika tidak suka sekali pun, jangan didera haiwan itu. Jika tidak mahu memberi sedikit rezeki kepada kucing itu, jangan berlaku kejam padanya... Jauhkanlah diri sendiri dari haiwan itu.

Ingat, bukan kamu yang menghidupkan makhluk itu! Tuhan yang menjadikannya, BUKAN KAMU!

Apa perasaan kamu, sekiranya hidup kamu yang melarat sehingga dianiaya oleh manusia lain seperti itu?!

Tentu sedih, kan?

Maka, renung-renunglah sebelum kamu bertindak kejam terhadap haiwan disekeliling kamu.

P/S : Rasa macam nak korek-korek jer mata orang yang korek mata Adek tu! Semoga kamu dilaknat Allah!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan