Sempena hari persandingan sepupu pada 18 Ogos 2013, pakcik Dell pulang ke kampung dengan menaiki keretapi berseorangan kerana hendak mengelakkan kesesakan lalu lintas jika memandu kereta pulang ke ibu kota pada hari Ahad itu. Maklumlah, cuti sekolah berakhir pada hari Ahad tersebut.
Selepas sepupu Dell bersanding, Dell menghantar pakcik ke stesen keretapi Kluang ditemani adik. Lebih 10 tahun Dell tidak menjejakkan kaki ke stesen keretapi ini.
Seperti yang kita sedia maklum, ada satu restoran di stesen keretapi Kluang ini terkenal dengan kopinya. Ini antara faktor mengapa bandar Kluang ini dikenali oleh orang luar.
Sebelum keretapi sampai, kami semua lepak di restoren ini menikmati kopinya dan makan roti bakarnya. Restoren ini dibuka sehingga pukul 6.00 petang sahaja. Restoren ini masih mengekalkan ciri yang asal. Nasi Lemaknya pun masih berbungkus dengan daun pisang.
Jika terlambat, boleh menikmatinya di dua buah cawangan restorennya yang terletak berhampiran dengan Kluang Parade dan satu lagi di bulatan menghala jalan ke Batu Pahat.
Dell bersama pakcik. Seperti biasa, pakcik dengan Kopi O panasnya dan Dell Kopi Ais. |
Adik bersama pakcik |
Sehari sebelum kami singgah di restoren Stesen Keretapi Kluang ini, kami cuba minum kopi Kluang di cawangannya yang baru dibuka di bulatan jalan nak menghala ke Batu Pahat tu. Tapi, kami rasa tak satisfied. Rasa kopinya tidak 'kaw' seperti di restoren yang asal.
Posing sekejap sementara keretapi sampai |
Babai pakcik! Hehehe |
Ish, dah macam dalam filem Hindustan pula ambil gambar sebegini... hehehe... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan