Petrol naik 20 sen? |
Ketika Dell dalam perjalanan pulang ke rumahku syurgaku malam tadi, tiba-tiba mama Dell telefon dari kampung. Terkejut juga, ingatkan ada apa. Rupa-rupanya, dia memberitahu bahawa harga minyak petrol akan naik sebanyak 20 sen bermula tengah malam tadi. Dia sudah isi awal-awal setelah melihat stesyen minyak di kawasan berdekatan dengan rumah di kampung sesak teruk.
Dell bernasib baik dapat isi minyak penuh sebanyak dua kali tanpa tersangkut dalam kesesakan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung.
Kenaikan harga minyak ini terlalu drastik tanpa diberitahu awal-awal kepada pengguna menyebabkan ramai pengguna tidak puas hati dengan perkhabaran ini. Pening juga Dell membaca status tentang isu kenaikan harga minyak yang memenuhi ruang wall fb Dell.
Ini pengiraan secara kasar mengenai kenaikan minyak oleh pengguna. Banyak juga liter minyak yang kurang walaupun kenaikan hanya 20 sen.
Ada juga pengguna sudah buatkan kiraan isian penuh petrol untuk beberapa jenis kereta. Hmmm... Untuk kereta kancil takde ke?
Mujur Dell pandu kereta kancil. Kiranya masih mampu untuk mengisi petrol untuk perjalanan jauh beberapa kali. Inilah yang Dell fikirkan ketika mula-mula hendak membeli kereta pada tahun 2007. Sebab itulah Dell pilih kancil manual. Bila sudah bekerja gaji besar, barulah beli kereta yang besar sikit. Walau bagaimanapun, Dell tetap terasa bahang kenaikan harga petrol ini.
Ada yang kata BR1M dapat membantu tetapi status siswazah biasiswa seperti Dell tidak dapat bantuan itu. Kami pun perlu menggunakan petrol untuk kenderaan kami. Semoga kami tabah menghadapi ujian kenaikan harga barangan ini. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan