Bersama-sama blogger otai, Abang Ben Ashaari. |
Pada 30 November
2015 - Sebenarnya Dell tidak menyangka malam tadi dapat bertemu dengan Abg Ben
Ashaari. Dell sudah lama mengikuti blog beliau sejak tahun 2010 ketika mula
berjinak-jinak dengan dunia blog.
Asalnya Dell
memenuhi ajakan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari untuk makan-makan di MMA
Santai Corner ini kerana teringin nak mencuba Mee Udang yang popular itu.
Tambahan pula Dell teringin nak bertemu muka dengan mereka yang hanya bertegur
sapa di dalam grup blogger ini.
Acara memotong kek harijadi. |
Rupa-rupanya, semalam merupakan majlis rahsia untuk sambutan harijadi Abg Ben. Terkejut dibuatnya.
Bersama-sama Kak Saidila, orang kuat Kelab Blogger Abang Ben Ashaari. |
Menu yang disediakan. |
Lihatlah juadah yang disediakan. Sesedap rupa yang dipandang. Kami semua tak terhabis nak makan kesemua menu yang disediakan.
Terima kasih kak
Saidila Abdul Rahman atas jemputan dan ambilkan gambar Dell bersama-sama Abg
Ben.
Terima kasih kak
Norlaila Dlaila Dlaila atas masakan Mee Udang yang sangat sedap! Dell sangat
rekomen menu di restoran MMA Santai Corner ini. Datanglah bawa rakan-rakan dan keluarga.
Dan terima kasih
juga buat kak Nur 'Aliah Nadhirah Abdullah atas brownies coklat yang sangat
sedap! Dell juga rekomen bagi mereka yang suka makan brownies, tempah dengan
kak Aliah ni. Terbaik rasanya! Lembut dan moist.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan