Pada hari Khamis baru-baru ini, tiba-tiba Dell tergerak hati hendak cuba mempromosikan semula Karipap Pusar Kluang buatan mama Dell. Sudah lama Dell tinggalkan fanpage facebook Karipap Pusar Kluang itu kerana kesibukan hal-hal lain.
Fanpage Karipap Pusar Kluang |
Tidak sangka dalam masa dua hari ini jumlah mereka yang like fanpage itu meningkat ke seratus lebih. Sebelum ini, fanpage ini ditinggalkan dengan jumlah mereka yang like tidak sampai 45 orang.
Dalam masa yang sama, Dell sedang mencari design untuk sticker dan kad bisnes untuk perniagaan ini.
Sebenarnya, mama Dell memang sudah lama menjalankan bisnes karipap pusar ini semenjak arwah nenek meninggal. Mama Dell hanya menghantar karipapnya di kedai-kedai tertentu dan membuat karipap frozen jika ada tempahan.
Dell memang suka makan karipap pusar ini kerana ia adalah resepi turun temurun daripada arwah nenek. Dulu nenek Dell berniaga kuih-muih di belakang Coronation Kluang. Sejak tahun 1980-an lagi.
Dalam banyak-banyak jenis kuih, mama Dell berminat untuk menjual Karipap Pusar sahaja.
Blog Karipap Pusar Kluang |
Alhamdulillah, tempahan karipap frozen meningkat sehingga Dell terpaksa meminta mereka menempah lebih awal sebelum membeli. Maklumlah, penyediaan karipap frozen ini mengambil masa sedikit berbanding karipap yang terus digoreng.
Dell mensasarkan kawasan bandar Kluang sahaja buat masa ini kerana tidak cukup tenaga kerja. Ini pun Dell tak menang tangan mengambil tempahan, belum lagi mama Dell yang membuat karipap itu.
Setakat ini, Dell mampu untuk menguruskan kesemua tempahan walaupun jauh dari kampung. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, segala urusan hanya berada di hujung jari sahaja.
Setakat ini, Dell mampu untuk menguruskan kesemua tempahan walaupun jauh dari kampung. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, segala urusan hanya berada di hujung jari sahaja.
Selain mengaktifkan semula facebook Karipap Pusar Kluang, Dell juga membina sebuah blog khas untuk Karipap Pusar Kluang. Dell cuba mengaplikasi segala ilmu-ilmu marketing yang Dell pelajari melalui facebook dan ebook sebelum ini ke dalam kedua-dua medium ini.
Mudah-mudahan menepati citarasa kesemuanya. Aminnn...
Mudah-mudahan menepati citarasa kesemuanya. Aminnn...
Apa-apapun, orang-orang Kluang memang 'sporting' gila! ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan